• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Microsoft Surface Laptop Studio ada rekaan unik dan spesifikasi premium

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:15 pm
  • 23/09/2021
  • Komen
Microsoft Surface Laptop Studio ada rekaan unik dan spesifikasi premium
Share on FacebookShare on Twitter

Microsoft melancarkan sejumlah produk baharu. Dalam kalangan yang dilancarkan, salah satu daripadanya ialah siri baharu dan ia dilihat hadir menggantikan Surface Book yang tidak dikemas kini Microsoft untuk pusingan ini. Surface Laptop Studio ialah laptop bersatil dengan spesifikasi tinggi yang ditujukan kepada pengguna yang perlukan komputer riba konvensional bersama-sama manfaat tablet dalam satu pakej.

Ia berbeza daripada Surface Book daripada segi paparannya tidak boleh dipisahkan daripada papan kekunci. Namun begitu, paparannya tetap boleh diubah suai untuk tukarkan mesin ini menjadi bentuk tablet kerana ada satu lagi engsel yang memegang paparan di bahagian tengah.



Makanya, anda boleh gayakannya dalam 3 kedudukan iaitu laptop, tablet, dan studio.

Di bahagian paparan, Surface Laptop Studio memperagakan paparan 14.4” beresolusi QHD dan refresh rate setinggi 120Hz. Spesifikasinya premium. Spesifikasi paling tinggi yang dimilikinya ialah Intel Core i7, RAM32 GB, storan 2TB, dan GPU daripada jenis RTX 3050 Ti.



Disebabkan paparannya peka sentuhan, pengguna boleh padankannya dengan Surface Slim Pen 2 yang baharu. Ruang dibawah komputer ini untuk pengguna menyematkan stailus dan ia akan terlekat dengan daya magnet.

Ada sejumlah port I/O disediakan untuk dimanfaatkan. Menariknya, ia didatangkan dengan 2 USB 4 dengan Thunderbolt 4, jek Surface Connect, dan audio 3.5mm.

Berikut adalah senarai harga jualan Surface Laptop Studio dalam pasaran Amerika Syarikat:

  • Intel Core i5, RAM 16GB, Storan 256GB, GPU Iris X – USD1,600 (RM6,698)
  • Intel Core i5, RAM 16GB, Storan 512GB, GPU Iris X – USD1,800 (RM7,535)
  • Intel Core i7, RAM 16GB, Storan 512GB, GPU Nvidia GeForce – USD2,100 (RM8,791)
  • Intel Core i7, RAM 32GB, Storan 1TB, GPU Nvidia GeForce – USD2,700 (RM11,303)
  • Intel Core i7, RAM 32GB, Storan 2TB, GPU Nvidia GeForce – USD3,100 (RM12,978)

Sumber: Microsoft

Tags: MicrosoftMicrosoft Surface Laptopmicrosoft surface laptop studio
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Microsoft Surface Laptop Studio ada rekaan unik dan spesifikasi premium

Microsoft Surface Laptop Studio ada rekaan unik dan spesifikasi premium

23 September 2021
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER