[Artikel ini dibawakan oleh CompAsia]
Sekiranya anda ingin naik taraf telefon lama kepada yang baru tanpa keluar dari rumah, anda boleh lakukannya menerusi aplikasi InstaCash oleh CompAsia. InstaCash ialah aplikasi trade-in pertama di Malaysia yang anda boleh jalani ujian diagnostik dalam masa 5 minit untuk dapatkan nilai trade-in peranti anda.
InstaCash menerima sebanyak 1500 jenis peranti untuk trade-in. Mereka juga menerima peranti yang tidak lagi berfungsi!
iPhone 13 lebih mampu milik
Menariknya, menjelang pelancaran iPhone 13, InstaCash oleh CompAsia ada menyediakan satu tawaran untuk anda yang ingin menaik taraf daripada iPhone 12. Bermula dari 1 Oktober 2021 sehingga 15 Oktober 2021, anda boleh mendapatkan nilai trade-in yang tinggi serta wang tambahan sebanyak RM300.
Ini bermakna anda boleh dapatkan nilai sebanyak RM3,650 untuk membeli iPhone 13 daripada mana-mana rakan kongsi atau ‘Apple Premium Resellers’ yang ada dalam aplikasi InstaCash. Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan bahawa nilai trade-in ini bergantung kepada model, keadaan and kefungsian peranti anda.
Jika anda mahukan tawaran iPhone 13 ini, anda boleh ikut 10 langkah di bawah::
- Muat turun aplikasi InstaCash
- Jalankan ujian diagnostik selama 5 minit sahaja
- Hasil ujian akan dipamerkan. Anda boleh jalani semula jika terdapat masalah
- Nyatakan keadaan fizikal peranti
- Sebut harga akan diberikan dan anda boleh teruskan jika setuju dengan harga tersebut
- Lengkapkan maklumat untuk pembayaran dan pengambilan peranti
- Pilih mod pembayaran daripada rakan kongsi InstaCash untuk dapatkan baucar
- Tunggu pengesahan pesanan daripada pihak InstaCash
- Pihak InstaCash akan mengambil peranti dari lokasi anda
- Gunakan baucar InstaCash untuk membeli iPhone 13 baru
Selain menyediakan perkhidmatan penukaran telefon, CompAsia juga ada menjual telefon terpakai (second-hand) yang original. Mereka turut sertakan penghantaran percuma, jaminan percuma 1 bulan dan pakej lengkap adapter dan wayar kabel percuma untuk jualan ini.
Anda juga boleh dapatkan pelan ansuran, untuk peranti Apple yang baru melalui CompAsia. Untuk maklumat lajut, lawati laman sesawang rasmi CompAsia di sini.