• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vaksin COVID-19 #29: Lapor langgar SOP di MySejahtera & Petugas beri suntikan kosong diberhentikan

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:58 pm
  • 08/10/2021
  • Komen
Vaksin COVID-19 #29: Lapor langgar SOP di MySejahtera & Petugas beri suntikan kosong diberhentikan
Share on FacebookShare on Twitter

Antara isu yang dikupaskan dalam video minggu ini, Sinovac mendapat lampu hijau untuk diberikan kepada remaja, Malaysia telah memulakan perbincangan untuk membeli pil COVID-19 yang dipercayai dapat mengurangkan separuh kemasukan ke hospital, benarkah ada remaja meninggal selepas menerima vaksin?

1. Sinovac dapat kelulusan untuk memvaksinasi remaja di Malaysia

Pihak berkuasa kawalan dadah (PBKD) Malaysia telah meluluskan vaksin sinovac dan ia akan dimasukkan dalam program vaksinasi remaja. Pfizer akan tetap menjadi vaksin utama untuk remaja, Sinovac akan ditawarkan untuk mereka yang mengalami alergi atau tidak dapat mengambil vaksin Pfizer atas sebab-sebab kesihatan.



2. Malaysia setuju campur jenis vaksin COVID-19 untuk dos penggalak

Pihak berkuasa telah membenarkan vaksinasi campuran di berikan. Sebagai contoh, jika seseorang telah divaksinasi lengkap dengan Sinovac, mereka boleh menerima Pfizer sebagai dos ketiga. Dos booster tidak akan diberikan kepada semua individu di Malaysia. Ia disasarkan kepada kumpulan berisiko tinggi.

3. Malaysia ingin membeli pil COVID-19 yang boleh mengurangkan separuh kemasukan ke hospital

Merck baru-baru ini mengumumkan bahawa pil COVID-19 baru yang dinamakan molnupiravir berjaya mengurangkan kadar kemasukan ke Hospital sebanyak separuh. Ini dikatakan sebagai ubat anti-virus pertama yang merawat COVID-19 dan Malaysia telah memulakan rundingan untuk membeli ubat tersebut.



4. Terima vaksin di luar negara? Anda boleh mohon sijil vaksin di MySejahtera

Sekiranya anda telah diberi vaksin sepenuhnya di luar Malaysia, kini anda boleh memohon sijil vaksin digital secara terus di MySejahtera. Anda boleh pergi ke bahagian HelpDesk untuk lakukannya.

5. Cara memohon pengecualian vaksin COVID-19

Jika anda termasuk dalam kategori tidak dapat menerima vaksin kerana masalah kesihatan, anda boleh memohon sijil pengecualian vaksin untuk MySejahtera. Anda perlu dapatkan slip penilaian Pra-vaksinasi yang disahkan oleh pakar perubatan berdaftar dan hantar slip yang telah disahkan ke pejabat kesihatan daerah untuk memohon sijil digital pengecualian vaksin.

6. Pelanggaran SOP boleh dilaporkan di MySejahtera

Menteri Kesihatan YB Khairy Jamaluddin mengumumkan bahawa pengguna MySejahtera tidak lama lagi boleh melaporkan pelanggaran SOP melalui telefon mereka. Pengguna boleh melaporkan berbagai pelanggaran SOP seperti tidak memakai topeng muka dan tiada pengambilan suhu badan.

7. Makan di restoran hanya untuk individu vaksin lengkap sahaja

Menteri Kesihatan YB Khairy Jamaluddin telah mengingatkan semua orang bahawa makan di restoran hanya dibenarkan kepada mereka yang telah divaksinasi lengkap. YB Khariy menekankan bahawa syarat vaksinasi lengkap masih dikuatkuasakan untuk sektor sosial dan ekonomi.

8. Video tular mendakwa remaja mati kerana vaksin adalah tidak benar

Kementerian Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin membantah dakwaan bahawa beberapa remaja telah meninggal dunia setelah mendapat vaksinasi. Berdasarkan siasatan, dakwaan itu tidak benar dan menteri telah berkongsi lebih banyak maklumat.

9. Pekerja kesihatan yang terlibat dengan suntikan kosong diberhentikan

Pada minggu lalu, tular sebuah video menunjukkan seorang remaja lelaki berusia 12 tahun mendapat suntikan kosong. Kejadian berlaku di Universiti Malaya pada 30 September. Juruvaksin yang dilantik oleh ProtectHealth itu telah diberhentikan.

10. Status vaksinasi

Setakat 5 Oktober, Malaysia telah memberikan hampir 45 juta dos vaksin kepada individu. 73.8% populasi telah menerima sekurang-kurangnya satu dos, manakala 63.8% dari jumlah penduduk telah melengkapkan vaksinasi mereka dengan vaksin satu atau dua dos. Lembah Klang mempunyai jumlah vaksinasi lengkap tertinggi dengan hampir 6.9 juta individu.

Tags: sijil digital vaksin covid-19Vaksin Covid-19
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Vaksin COVID-19 #29: Lapor langgar SOP di MySejahtera & Petugas beri suntikan kosong diberhentikan

Vaksin COVID-19 #29: Lapor langgar SOP di MySejahtera & Petugas beri suntikan kosong diberhentikan

8 October 2021
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER