• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Lego kapal RMS Titanic, model Lego terpanjang & terbesar setakat ini

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:08 pm
  • 12/10/2021
  • Komen
Lego kapal RMS Titanic, model Lego terpanjang & terbesar setakat ini
Share on FacebookShare on Twitter

Anda peminat filem Titanic? Atau suka mengetahui tentang tragedi kapal Titanic yang karam? Tidak lama lagi, anda boleh lakukan tempahan awal untuk dapatkan replika kapal RMS Titanic yang dicipta menggunakan bata Lego.

Ketinggian replika ini ialah 17.5” (44cm), lebarnya 6″ (16cm) dan panjang 53” (135cm). Ia dihasilkan daripada 9,090 keping bata Lego. Ia merupakan model Lego terpanjang dan terbesar yang dikeluarkan setakat ini. Skala model Lego Titanic ini adalah 1:200.



Pada bahagian luar kulit kapal, dapat dilihat bahagian bawah diwarnakan merah, diikuti bahagian tengah berwarna hitam disertakan logo sauh dan ada tulisan Titanic di situ. Atas sekali berwarna putih. Kapal ini juga ada 4 cerobong asap, dua buah bendera United Kingdom serta dua tiang kapal diatasnya.

Set Lego ini sangat sesuai dijadikan hiasan. Anda boleh biarkan begitu sahaja atau hiasnya mengikut kreativiti sendiri. Mungkin dengan menambah karakter manusia lelaki Lego di bahagian atas pada hujung kapal, seperti dalam filem Titanic ketika Jack berdiri sambil menjerit “I’m king of the world!”.



Lego Titanic ini turut dilengkapi plak unik berwarna coklat tertulis nama kapal itu dan stand untuk dirikannya.

Yang menarik mengenai replika Titanic ini ialah, apabila bahagian kapal dipisahkan, anda boleh lihat perincian di dalamnya. Lego Titanic boleh dipisahkan kepada tiga segmen. Ia dipenuhi dengan banyak ruang seperti ruang makan, ruang merokok, ruang rehat membaca, tangga besar kelas pertama, kolam renang dan ada replikasi bilik enjin dibawah berwarna kelabu.

Lego Titanic ini disyorkan kepada pengguna 18 tahun ke atas. Ia akan tersedia untuk tempahan awal pada 1 November dan akan dijual pada 8 November di semua kedai bertauliah Lego. Harganya ialah USD629.99 sekitar RM2627.06.

[Sumber: Brickfinder, Lego]

Tags: legoTitanic
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Lego kapal RMS Titanic, model Lego terpanjang & terbesar setakat ini

Lego kapal RMS Titanic, model Lego terpanjang & terbesar setakat ini

12 October 2021
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

11 August 2026
Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

7 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN