• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

10 nama superhero ini sering digunakan sebagai kata laluan, ini sebab ia perlu dielakkan

  • OLEH Fatin Amanina
  • 5:17 pm
  • 15/10/2021
  • Komen
10 nama superhero ini sering digunakan sebagai kata laluan, ini sebab ia perlu dielakkan
Share on FacebookShare on Twitter

Mempunyai kata laluan yang selamat adalah sangat penting bagi melindungi data pengguna di dalam sesebuah platform daripada terdedah. Salah satu tips untuk menghasilkan kata laluan yang selamat, ialah dengan mencipta kata laluan panjang tetapi bukan rumit. Selain itu, dalam kata laluan, harus dielak dari menggunakan nama-nama adiwira (superhero).

Berdasarkan laporan dari Mozilla Foundation, pengguna internet terlalu kerap menggunakan kata laluan dengan nama adiwira. Kajian ini adalah berdasarkan statistik dari laman web Haveibeenpwned.com. Ia mendedahkan bahawa akaun dengan kata laluan yang mengandungi nama adiwira adalah antara yang paling banyak digodam.



Maka, perkara tersebut haruslah dihindari. Selain itu, kata laluan yang kerap digunakan di dunia seperti mengandungi nama depan, tarikh lahir, atau gabungan nombor dan huruf juga popular menjadi mangsa godam.

Berikut merupakan 10 nama adiwira teratas, yang sering digunakan sebagai kata laluan:



1. Superman
2. Batman
3. Spider-Man
4. Wolverine
5. Iron Man
6. Wonder Woman
7. Daredevil
8. Thor
9. Black Widow
10. Black Panther

Bukan sahaja nama-nama tersebut perlu dielakkan, tetapi mencipta kata laluan menggunakan identiti sebenar adiwira seperti Logan, Clark Kent, Bruce Wayne dan Peter Parker juga harus dijauhi bagi mengelakkan akaun anda dari digodam. Selain itu, anda juga dinasihatkan untuk elak dari menggunakan watak animasi popular di Malaysia seperti BoboiBoy, Ejen Ali, Omar Hana dan Upin Ipin sebagai kata laluan. Walaupun anda sangat meminati karakter tersebut, ketahuilah bahawa nama-nama itu sudah dikenali ramai dan ia akan akibatkan akaun dalam talian anda terdedah kepada bahaya, jika anda menggunakannya.

Sebagai langkah berjaga-jaga, anda perlu letakkan kata laluan yang tidak akan digunakan oleh orang lain. Salah satu caranya adalah dengan meletakkan digit, simbol dan huruf besar ke seluruh kata laluan, bukan pada awal atau akhir.

[Sumber: Malaymail]

Bacaan Berkaitan

TIPS: Cara mencipta kata laluan paling selamat
Google berusaha untuk ingatkan pengguna agar tidak guna kata laluan yang sama
Ketahui jika Facebook anda pernah di akses orang lain & cara hentikannya
Tags: kata laluan
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

10 nama superhero ini sering digunakan sebagai kata laluan, ini sebab ia perlu dielakkan

10 nama superhero ini sering digunakan sebagai kata laluan, ini sebab ia perlu dielakkan

15 October 2021
Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

14 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Hargai penjawat awam: Astro perkenal pakej eksklusif dengan penjimatan sehingga RM960

Hargai penjawat awam: Astro perkenal pakej eksklusif dengan penjimatan sehingga RM960

14 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER