• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Produk jualan dalam WhatsApp lebih tersusun dengan ciri baru ini

  • OLEH Fatin Amanina
  • 11:25 am
  • 22/10/2021
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda perasan, kebiasaannya, apabila membeli-belah melalui WhatsApp, produk yang dijual akan disusun secara bercampur pada bahagian katalog. Maksudnya, jika seseorang itu menjual makanan, pakaian atau produk kecantikan, kesemuanya akan dihimpunkan sekali dalam satu katalog. Perkara ini adakalanya menyukarkan pelanggan untuk memilih produk yang dimahukan dari sesebuah kaetgori.

Namun kini, WhatsApp sedang melancarkan ciri baru yang dikenali sebagai Collection (koleksi). Melaluinya, pengguna akan lebih mudah membeli barang di WhatsApp apabila produk jualan disusun mengikut kategori. Pelanggan boleh lihat variasi produk yang dimahukan, tanpa perlu scroll satu per satu barang jualan lain yang tidak berkaitan.



Seperti contoh di bawah, WhatsApp Business milik penjual makanan boleh kategorikan jualannya kepada hidangan utama (Main Courses) dan hidangan pembuka selera (Starters). Manakala penjual bunga mengkategorikan jualannya kepada tumbuhan luar rumah dan tumbuhan dalam rumah. Kemudian, penjual barangan wanita pula membahagikan produknya kepada bag tangan dan alat solek. Setelah pelanggan melihat produk yang dijual, mereka boleh tambah item yang dimahukan ke troli (cart) dan hantar pesanan kepada peniaga.

Dengan kemaskini ini, pasti katalog di WhatsApp Business akan nampak lebih tersusun. Namun ia akan kelihatan lebih menarik jika, penjual menyediakan banyak produk jualan di bawah satu kategori. Kerana ia secara tidak langsung akan memberi lebih banyak pilihan kepada pembeli.



[Sumber: TechCrunch]

Bacaan Berkaitan

Ciri baharu WhatsApp memudahkan beli-belah di dalam ruangan chat
WhatsApp berbilang peranti kini boleh digunakan di Malaysia
TIPS: Cara wujudkan pautan Whatsapp untuk “PM Tepi” terpantas
Tags: whatsappWhatsapp Business
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Produk jualan dalam WhatsApp lebih tersusun dengan ciri baru ini

22 October 2021
Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

10 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

14 September 2026
Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

15 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN