• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Redmi Note 11 dan Redmi Watch 2 akan dilancar tidak lama lagi

  • OLEH Najib
  • 4:41 pm
  • 22/10/2021
  • Komen
Siri Redmi Note 11 dan Redmi Watch 2 akan dilancar tidak lama lagi
Share on FacebookShare on Twitter

Kitaran telefon pintar siri Redmi Note diperbaharui setiap 6 bulan dan model barunya akan muncul tidak lama lagi, memandangkan siri Redmi Note 10 dilancar pada bulan Mac lepas. Perkara ini disahkan oleh Xiaomi apabila mengumumkan akan mengadakan majlis pelancaran siri Redmi Note 11 minggu hadapan.

Pelancaran siri Redmi Note 11 akan diadakan di China pada 28 Oktober 2021. Xiaomi telah berkongsi rupa telefon pintar ini, yang agak menyerupai siri iPhone 13 dengan rekaan badan rata.



Dapat dilihat dengan jelas bahagian atas telefon, dengan perkara seperti jeriji pembesar suara bersama cap Sound By JBL, menandakan ia ada pembesar suara stereo, serta jek audio 3.5mm dan pemancar infra merah. Di sisi ada butang kuasa lebih lebar daripada butang kawalan bunyi, mungkin dengan pengimbas capjari.

Modul kamera belakang juga jelas kelihatan, tetapi jangan terpedaya. Nampak seperti ada 4 kamera, sebenarnya cuma 3. Ini susunan yang serupa dengan kamera di Mi 10T dahulu, dengan dua lagi bulatan kecil adalah LED Flash dan sensor cahaya. Kamera hadapan hanya satu, di tengah atas skrin.



Dijangka Xiaomi akan melancarkan lebih dari satu model Redmi Note 11, sama seperti dalam model sebelumnya. Khabar angin menyatakan bahawa Redmi Note 11 Pro akan menggunakan cip MediaTek Dimensity 920 manakala versi biasa dengan MediaTek Dimensity 810. Skrin di Pro kekal dengan OLED 120Hz, serta bateri 5,000mAh dan ia mungkin menyokong pengecasan pantas 67W atau 120W.

Pengguna di China boleh mula membuat tempahan awal Redmi Note 11 Pro dengan RAM 6GB dan storan 128GB, tetapi tanpa mengetahui harganya. Tempahan boleh dibuat dengan membayar wang pendahuluan CNY 100 (~RM65).

Selain telefon pintar, Xiaomi juga akan melancarkan jam pintar Redmi Watch 2 pada tarikh yang sama. Dari gambar poster, ia kelihatan seperti Mi Watch Lite yang telah dijual di Malaysia sejak Disember lepas. Ini mungkin jam pintar bajet, iaitu fungsi gelang pintar dengan skrin besar seperti jam.

Pastinya siri Redmi Note 11 akan dilancarkan di peringkat antarabangsa tidak lama lagi. Nantikan laporan lanjut daripada kami kelak.

[Sumber: GSMarena]

Bacaan Berkaitan

Siri Redmi Note 10 datang dengan ciri paling ditunggu, AMOLED 120Hz di bawah RM1,000
[Hands-on] Siri Redmi Note 10: Penanda aras telefon midrange 2021
Keluarga Mi 10T tiba di Malaysia dengan harga luar biasa dan hadiah Mi TV 55″
Tags: Redmi Note 11Redmi Watch 2xiaomiXiaomi Redmi Note 11
Najib

Najib

POPULAR

Siri Redmi Note 11 dan Redmi Watch 2 akan dilancar tidak lama lagi

Siri Redmi Note 11 dan Redmi Watch 2 akan dilancar tidak lama lagi

22 October 2021
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Xiaomi Mijia Washer Dryer kini rasmi di Malaysia, hanya RM1,499 untuk masa terhad

Xiaomi Mijia Washer Dryer kini rasmi di Malaysia, hanya RM1,499 untuk masa terhad

7 August 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

6 August 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER