• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Uncategorized

Samsung buka Tizen OS untuk TV pengeluar pihak ketiga

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:05 pm
  • 27/10/2021
  • Komen
Gajet apa yang serasi Galaxy S20 Ultra?
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam acara Samsung Developer Conference (SDC) 2021, Samsung teleh mengumumkan inisiatif Tizen TV Platform Licensing. Hal itu bermakna, pengeluar TV pihak ketiga boleh memohon untuk menggunakan sistem operasi Tizen pada produk masing-masing dan mendapat akses kepada pelbagai servis penstriman seperti Netflix, Disney+, Apple TV dan banyak lagi.

Perkara ini adalah satu langkah yang baik kerana pengeluar TV yang perlukan solusi sistem operasi TV pintar tak lagi terhad kepada Android TV untuk dipilih. Saya perasan TV yang diperkasa Android TV selalunya agak lagging, mungkin disebabkan komponen yang tak berkuasa ataupun sistem Android TV yang perlukan komponen berkuasa tinggi.



Selain daripada inisatif perlesenan sistem operasi, Samsung turut memperkenal sejumlah benda baru untuk sistem operasi Tizen dan juga produk TV mereka. Misalnya, Samsung akan memasukkan ciri sidang video hasil kerjasama mereka dengan Google.

Samsung Health pula akan beroleh akses kepada webcam di TV sewaktu sesi bersenam dan terus memberikan analisis secara masa nyata. Pengalaman bergaming di TV Samsung pula bakal bertambah baik dengan kehadiran HDR10+ dalam mode gaming.



Pelanggan komersial juga boleh memanfaatkan produk Tizen for Business. Antara yang diketengahkan Samsung ialah papan notis elektronik interaktif dengan ciri kawalan berpusat untuk sekolah, kiosk, pusat beli-belah, restoren, lapangan terbang dan sebagainya.

Sumber: Samsung

Bacaan berkaitan

Soundbar bernilai RM3,399 percuma untuk tempahan awal TV Samsung Neo QLED
IKEA ada speaker yang padan dengan Samsung The Frame
Tags: samsung
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Gajet apa yang serasi Galaxy S20 Ultra?

Samsung buka Tizen OS untuk TV pengeluar pihak ketiga

27 October 2021
Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

8 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

Acer Aspire Go 15 jawapan kepada MacBook Neo? Ini penjelasan Acer

9 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN