• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kit ujian kendiri COVID-19 kini dijual di bawah RM7 di kedai serbaneka

  • OLEH Najib
  • 3:42 pm
  • 02/11/2021
  • Komen
Kit ujian kendiri COVID-19 kini dijual di bawah RM7 di kedai serbaneka
Share on FacebookShare on Twitter

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Alexander Nanta Linggi, mengumumkan bahawa kit ujian kendiri COVID-19 kini boleh dibeli pada harga kurang daripada RM7. Ia jauh lebih rendah daripada harga siling yang ditetapkan pada RM19.90.

Bulan lepas, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menyatakan bahawa kerajaan berhasrat untuk bersetuju untuk menurunkan lagi harga kit ujian kendiri COVID-19 dan sedang mengambil kira tempoh peralihan supaya pembekal memiliki masa mencukupi untuk menjual bekalan kit ujian kendiri sedia ada.



Di dalam Facebooknya, Alexander menerangkan bawah sebanyak 2,570 perniagaan di seluruh negara telah dibenarkan untuk menjual kit ujian kendiri COVID-19 sehingga 28 Oktober 2021. Selain farmasi, kerajaan mensasarkan untuk meningkatkan lagi kesediaan kit ujian termasuk di supermarket, kedai serbaneka dan stesen minyak, secara berperingkat. Beliau juga menjelaskan bahawa lebih banyak tempat jualan kit kendiri ini akan menggalakkan persaingan dan membantu menurunkan harga untuk pengguna.

Alexander menambah, kini telah terdapat kedai yang menjual kit ujian kendiri ini pada harga RM6.90 setiap satu, berita baik untuk pengguna. Beliau juga baru sahaja melancarkan jualan kit ujian kendiri COVID-19 di KK Mart di KLIA2 Sepang, yang berharga RM6.60 setiap satu.



KK Mart menjual kit ujian kendiri COVID-19 AllTest Antigen Rapid Test (Oral Fluid) yang diedarkan oleh Global Science Sdn Bhd. Menurut KK Mart, ia dijual di semua cawangan kecuali di Sarawak. Selain itu, 99 Speedmart juga ada menjual kit yang sama, pada harga RM6.90 sekotak.

Sehingga 29 Oktober 2021, Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Malaysia (MDA) telah meluluskan sebanyak 54 kit ujian kendiri COVID-19. Tidak kira positif atau negatif, orang ramai dinasihatkan untuk menghantar hasil ujian kendiri tersebut melalui MySejahtera.

Kementerian Kesihatan Malaysia juga menggalakkan orang ramai untuk membuat ujian kendiri COVID-19 sebelum bergerak merentas negeri untuk bertemu ibu bapa, keluarga dan saudara yang tersayang.

[Sumber: Alexander Nanta Linggi]

Bacaan Berkaitan

Kit Salixium & Gmate diluluskan, orang ramai boleh buat ujian COVID-19 sendiri di rumah
Kit ujian kendiri COVID-19 Beright diluluskan untuk dijual di Malaysia
COVIDNow: Pusat sehenti untuk anda ikuti perkembangan COVID-19 di Malaysia
Tags: Alexander Nanta LinggiCOVID-19Kit Ujian Kendiri COVID-19
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Kit ujian kendiri COVID-19 kini dijual di bawah RM7 di kedai serbaneka

Kit ujian kendiri COVID-19 kini dijual di bawah RM7 di kedai serbaneka

2 November 2021
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN