• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kit ujian kendiri COVID-19 Beright diluluskan untuk dijual di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 1:45 pm
  • 23/07/2021
  • Komen
Kit ujian kendiri COVID-19 Beright diluluskan untuk dijual di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas meluluskan penggunaan dua kit ujian kendiri COVID-19, kini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) meluluskan satu lagi kit ujian kendiri untuk digunakan di Malaysia. Ini menjadikan jumlahnya kepada tiga jenis kit dibenarkan untuk dijual bagi kegunaan orang awam.

Perkara ini diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi media sosial. Menurut beliau, kit ketiga ini ialah Beright COVID-19 Antigen Rapid Test Device (Oral Fluid), yang dihasilkan oleh Hangzhou Alltest Biotech Co.,Ltd. dan diedarkan oleh Medinics (M) Sdn Bhd di Malaysia.



Kit Beright ini menggunakan air liur untuk mengesan COVID-19, sama seperti kit Gmate. Pengguna hanya perlu mengumpulkan air liur ke dalam bekas yang disediakan, meletakkannya di dalam kertas ujian dan menunggu sehingga 15 minit untuk mendapat keputusan.

Orang ramai akan boleh mendapatkan kit Beright daripada farmasi komuniti berdaftar atau fasiliti kesihatan berdekatan, pada harga RM39.90. Senarai kit yang diluluskan MDA KKM akan dikemaskini dari semasa ke semasa dan boleh disemak menerusi portal MDA.



[Sumber: KKM]

Tags: COVID-19Kit Ujian Kendiri COVID-19
Najib

Najib

POPULAR

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
Kit ujian kendiri COVID-19 Beright diluluskan untuk dijual di Malaysia

Kit ujian kendiri COVID-19 Beright diluluskan untuk dijual di Malaysia

23 July 2021
Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

8 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

27 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN