• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Peragut menyamar sebagai penghantar makanan berjaya ditumpaskan

  • OLEH Fatin Amanina
  • 1:23 pm
  • 03/11/2021
  • Komen
Peragut menyamar sebagai penghantar makanan berjaya ditumpaskan
Share on FacebookShare on Twitter

Polis telah menumpaskan sekumpulan peragut yang menyamar sebagai penghantar makanan di Kuala Lumpur baru-baru ini. Kumpulan peragut yang dikenali sebagai Geng Ashmer itu, aktif melakukan kegiatan ragut di sekitar kawasan Sentul sejak lima bulan lalu.

Modus operandi kumpulan ini adalah dengan menyamar sebagai penghantar makanan. Suspek akan mengesan mangsa menggunakan dua motosikal, salah seorang daripadanya bertindak sebagai penjaga line manakala seorang lagi sebagai peragut. Barangan yang diragut seperti rantai emas akan dijual kepada seorang individu dan wang hasil jualan akan dibahagi sesama ahli kumpulan.



Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, empat suspek telah ditahan dalam tiga serbuan berasingan antara 23 Oktober hingga 28 Oktober lepas. Dari hasil tangkapan itu, polis berjaya merampas pelbagai barang dipercayai hasil ragut dan samun antaranya 36 rantai emas, beg penghantar makanan dan telefon pintar pelbagai jenama. Semua rampasan barang kemas dianggarkan bernilai RM50,000. 

Semua suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan. Orang ramai yang pernah menjadi mangsa atau mempunyai maklumat berkenaan kegiatan ragut boleh menghubungi bilik gerakan IPD Sentul di talian 03-40482206.



Ini merupakan satu isu yang sangat berbahaya. Siapa sangka, penjenayah boleh menyamar sebagai penghantar makanan untuk menjayakan agenda mereka. Namun persoalannya, bagaimana suspek boleh mempunyai beg penghantar makanan itu? Ia sememangnya boleh mengelirukan orang awam.

Adakah mereka dapatkannya secara sah, dengan cara mendaftar sebagai penghantar makanan? Jika ya, mungkin selepas ini mana-mana syarikat yang menyediakan perkhidmatan e-hailing perlu meneliti latar belakang penunggang, sebelum benarkan mereka sertai perkhidmatan tersebut. Kerana berdasarkan kes ini, semakan rekod mendapati tiga suspek mempunyai rekod kesalahan lampau manakala seorang lagi suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

Sebagai langkah berjaga-jaga, apabila anda menggunakan perkhidmatan penghantar makanan atau e-hailing, anda dinasihatkan untuk sahkan dahulu maklumat penghantar atau pemandu. Anda gambar, nama dan nombor pendaftaran kenderaan di dalam aplikasi untuk anda lihat. Hubungi pihak berkuasa atau individu yang anda percayai jika anda rasa ragu-ragu.

[Sumber: NST, HMetro]

Bacaan berkaitan

Guru tadika rugi RM69,030, tertipu beli kucing di Facebook
Tiada boikot, kurang penghantar waktu puncak menyebabkan sukar tempah makanan di Grab
Hanya berbasikal, penghantar makanan Foodpanda disuruh bergerak sejauh 20km dalam 9 minit
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Peragut menyamar sebagai penghantar makanan berjaya ditumpaskan

Peragut menyamar sebagai penghantar makanan berjaya ditumpaskan

3 November 2021
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN