• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Kongsi video ulasan makanan di TikTok & menangi hadiah sehingga RM5,000

  • OLEH Fatin Amanina
  • 7:44 pm
  • 16/11/2021
  • Komen
Kongsi video ulasan makanan di TikTok & menangi hadiah sehingga RM5,000
Share on FacebookShare on Twitter

TikTok bekerjasama dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) melancarkan #MakanLokal, iaitu kempen menyokong perniagaan makanan tempatan.

Kempen #MakanLokal meraikan kepelbagaian makanan di Malaysia dengan menyerlahkan lokaliti terkenal di negeri yang berbeza, cadangan makanan tempatan, ulasan makanan di restoran dan perniagaan makanan dalam talian. Melaluinya, individu dengan mudah boleh menemui tempat makan autentik yang baharu untuk mencuba juadah yang disediakan.



Untuk memudahkan restoran tempatan ditemui, pemilik perniagaan boleh memberikan boost pada video restoran mereka dengan menggunakan pelekat kempen eksklusif dan hashtag dalam video yang dimuatnaik.

Selain itu, peniaga makanan juga boleh menggalakkan lebih banyak ulasan dan kandungan mengenai restoran mereka, dengan menawarkan baucar atau promosi kepada pengguna yang daftar masuk dan tag nama TikTok restoran tersebut dalam video ulasan makanan mereka.



Menurut Darren Quek, Pengurus Operasi Strategi TikTok Malaysia, mereka ingin membantu pemilik perniagaan kecil menjangkau lebih ramai pelanggan serta menghubungkan pencinta makanan dengan pelbagai pilihan makanan yang terdapat di Malaysia.

Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, MDEC akan menampilkan restoran di TikTok yang terlibat di laman web MDEC, Go E-commerce. Dari situ, pemilik perniagaan kecil berpeluang mengakses alatan, latihan dan pandangan yang boleh membantu mereka membina perniagaan yang sedia ada. MDEC juga akan membantu perniaga makanan dan minuman di seluruh negara untuk menggunakan TikTok dan membimbing mencipta kandungan.

Untuk memperkasakan lagi kempen ini, penggemar makanan yang menyiarkan video paling menarik di bawah hashtag makan lokal (#MakanLokal) akan berpeluang memenangi hadiah sehingga RM5,000 dan banyak lagi.

Pengguna hanya perlu memuat naik video asal mereka beserta ulasan makanan berkaitan restoran yang dikunjungi, beserta hashtag dan pelekat #MakanLokal untuk layak menyertai pertandingan ini. Pertandingan ini berlangsung dari 16 November hingga 7 Disember 2021.

Tags: TikTok
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Kongsi video ulasan makanan di TikTok & menangi hadiah sehingga RM5,000

Kongsi video ulasan makanan di TikTok & menangi hadiah sehingga RM5,000

16 November 2021
Tablet gaming Infinix XPAD GT baru akan tiba bersama GT 30 Pro pada 21 Mei

Tablet gaming Infinix XPAD GT baru akan tiba bersama GT 30 Pro pada 21 Mei

19 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

16 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER