• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Boost dan Mastercard jalin kerjasama, perkenal kad prabayar dan penyelesaian kewangan lain

  • OLEH Najib
  • 9:19 pm
  • 11/12/2021
  • Komen
Boost dan Mastercard jalin kerjasama, perkenal kad prabayar dan penyelesaian kewangan lain
Share on FacebookShare on Twitter

Boost, syarikat teknologi kewangan (fintek) milik Axiata Digital, telah mengumumkan perkongsian strategik bersama syarikat kewangan antarbangsa, Mastercard. Kerjasama ini akan menyaksikan pelancaran beberapa rangkaian penyelesaian dan tawaran pembayaran yang inovatif, untuk memberikan lebih banyak pilihan, kemudahan dan keselamatan kepada para pengguna di Malaysia dan Indonesia.

Produk pertama yang dirancang untuk dilancarkan hasil kerjasama ini adalah kad prabayar Boost Mastercard yang akan digandingkan dengan dompet elektronik Boost.



Menurut Boost, kad prabayar ini membolehkan pengguna Boost membuat pembayaran yang lancar, selamat dan mudah di Malaysia, Indonesia dan di seluruh dunia di mana Mastercard diterima. Perkongsian ini akan meneroka peluang bagi meluaskan perkhidmatan sedia ada yang ditawarkan kepada peniaga mikro dengan melancarkan produk kewangan melalui platform Boost Biz dan Boost Credit di Malaysia dan Indonesia.

Sheyantha Abeykoon, Ketua Pegawai Eksekutif, Boost berkata, “Sebagai syarikat fintech terkemuka, kami berbesar hati untuk menjalin kerjasama pelbagai aspek bersama Mastercard dalam pasaran yang kami sama-sama beroperasi. Bersandarkan kepada kepakaran dan teknologi global Mastercard ditambah dengan rangkaian penyelesaian fintech kami yang luas, kami teruja untuk merangka masa hadapan para pelanggan serta peniaga tempatan dan serantau seiring dengan usaha kami memacu landskap digital yang dinamik.”



Safdar Khan, Presiden Bahagian, Pasaran Pesat Membangun Asia Tenggara, Mastercard berkata, “Di saat kami berusaha secara kolektif ke arah mewujudkan lebih banyak ekonomi tanpa tunai dan inklusif secara digital, jalinan kerjasama di semua peringkat ekosistem amat diperlukan bagi memastikan usaha ini mencapai seramai yang mungkin. Mastercard senang hati dapat bekerjasama dengan Boost, sebuah syarikat fintech serantau dalam memperkukuhkan rangkaian produk dan perkhidmatan sedia ada mereka yang bertujuan untuk membantu lebih ramai individu dihubungkan dengan kaedah digital yang bersesuaian, di samping memajukan kedua-dua ekonomi digital Malaysia dan Indonesia yang semakin berkembang.”

Buat masa ini, Boost eWallet menggunakan kod QR untuk transaksi tanpa tunai. Boost juga menyokong DuitNow QR, membolehkan ia membuat pembayaran di lebih banyak peniaga yang menggunakan platform eWallet lain. Dengan adanya kad fizikal, pengguna Boost boleh membuat pembayaran di lebih banyak tempat yang menerima pembayaran menggunakan kad.

Kad fizikal eWallet bukanlah perkara baru. AirAsia telah melancarkan BigPay dan memasarkannya sebagai salah satu jenis eWallet yang menggunakan kad. Touch n Go eWallet pula telah mengumumkan kerjasama dengan Visa dan akan melancarkan kad prabayar tahun hadapan. Grab juga ada kad fizikal yang dihubungkan dengan eWallet mereka, tetapi ada di negara luar seperti Singapura dan Filipina. Di Malaysia, Grab bekerjasama dengan Maybank untuk melancarkan kad kredit jenama.

Bacaan Berkaitan

  • Boost Makan dilancar, platform baru pesanan makanan oleh eWallet Boost
  • Samsung Pay tidak lagi menyokong Boost mulai 15 November
  • Bil TNB kini boleh dibayar di aplikasi Boost, terima pulangan tunai sehingga RM20
Tags: Boostmastercard
Najib

Najib

POPULAR

Boost dan Mastercard jalin kerjasama, perkenal kad prabayar dan penyelesaian kewangan lain

Boost dan Mastercard jalin kerjasama, perkenal kad prabayar dan penyelesaian kewangan lain

11 December 2021
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN