• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jual Lego lama dapat pulangan lebih tinggi dari emas & saham, ini sebabnya

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:38 pm
  • 14/12/2021
  • Komen
Jual Lego lama dapat pulangan lebih tinggi dari emas & saham, ini sebabnya
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda peminat Lego, anda perlu tahu bahawa Lego boleh datangkan pulangan tinggi pada masa akan datang, sekiranya anda menjualnya kembali. Bagaimana ia boleh berlaku dan set apa yang akan bawakan nilai besar?

Ahli ekonomi dari Higher School of Economics di Rusia mendapati bahawa, harga pasaran set Lego yang sudah dihentikan pengeluarannya meningkat sekurang-kurangnya 11% setiap tahun di pasaran sekunder. Ianya lebih tinggi daripada purata pulangan dalam pelaburan emas, saham, bon dan beberapa pelaburan lain.



Untuk menjalankan kajian, mereka telah menganalisis harga 2,322 set Lego yang belum dibuka dari 1987 hingga 2015, maklumat tentang jualannya serta transaksi lelongan dalam talian.

Sebab harga Lego semakin tinggi

Para penyelidik kongsikan beberapa sebab yang menjelaskan mengapa orang membayar harga yang tinggi untuk Lego. Antaranya, Lego dicipta sejak tahun 1960-an, oleh itu ia telah mengumpul ramai peminat dewasa yang menghargai set-set Lego lama. Selain itu, tidak ramai orang yang mahu jual semula set Lego terhad, yang sudah dibeli.



Perkara perlu di ambil tahu sebelum jual semula Lego

Jika anda sudah ada minat untuk melabur dalam Lego, anda perlu tahu 3 perkara penting sebelum mengambil bahagian. Pertama, harga untuk set Lego di pasaran sekunder sangat berbeza. Julat pulangan dari antara -50% hingga +600% pada asas tahunan. Biasanya ia akan mula meningkat dua atau tiga tahun selepas set itu telah dihentikan pengeluarannya.

Kedua, para penyelidik mendapati, harga set kecil atau set yang sangat besar akan berkembang lebih cepat daripada set bersaiz sederhana. Set yang menyaksikan pertumbuhan nilai besar di pasaran sekunder ialah set yang berkaitan dengan bangunan terkenal, filem atau percutian. Contohnya set Millennium Falcon, Death Star II, dan Imperial Star Destroyer. Selain itu, set Lego edisi terhad dan set yang diberikan pada acara promosi juga, merupakan antara yang sangat bernilai.

Ketiga, pasaran Lego sekunder bukanlah sesuatu yang boleh diceburi dengan mudah, jika anda bukan peminatnya. Nampak macam senang untuk jual semula kan? Tetapi, ada pelbagai set Lego di jual di luar sana. Ia memerlukan peminat sejati untuk menganalisis pasaran dan membuat pertaruhan pada set yang mungkin bernilai lebih banyak suatu hari nanti.

Jika anda ada set Lego lama yang tersimpan dan kotaknya belum dibuka, cubalah jualnya kepada peminat Lego. Mungkin ia boleh berikan pulangan yang lumayan kepada anda.

[Sumber: Gizmodo]

Bacaan berkaitan

  • Lego bawakan promosi untuk set terpilih sempena cuti yang akan datang
  • Lego Ideas Home Alone bawakan 5 watak utama & perincian banglo seperti dalam filem
  • Lego kapal RMS Titanic, model Lego terpanjang & terbesar setakat ini
Tags: lego
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Kini ada lagi banyak cara kumpul GrabRewards, ini tip untuk maksimumkan ganjaran anda!

Kini ada lagi banyak cara kumpul GrabRewards, ini tip untuk maksimumkan ganjaran anda!

31 July 2025
Jual Lego lama dapat pulangan lebih tinggi dari emas & saham, ini sebabnya

Jual Lego lama dapat pulangan lebih tinggi dari emas & saham, ini sebabnya

14 December 2021
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER