• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Spesifikasi penuh Galaxy S21 FE terdedah, akan dilancar pada 11 Januari?

  • OLEH Najib
  • 12:17 pm
  • 23/12/2021
  • Komen
Spesifikasi penuh Galaxy S21 FE terdedah, akan dilancar pada 11 Januari?
Share on FacebookShare on Twitter

Telefon Galaxy S20 FE adalah peranti Samsung yang paling berbaloi dimiliki tahun ini. Ia telah dilancarkan pada September 2020 dan penggantinya masih belum kelihatan. Pada awalnya, Galaxy S21 FE dikhabarkan akan dilancarkan bersama Galaxy Z Fold 3 dan Galaxy Z Flip 3 tetapi tidak menjadi kenyataan.

Walaupun masih belum disahkan, Galaxy S21 FE dijangka akan dilancarkan seawal 4 Januari 2022 dan berada di pasaran pada 11 Januari 2022. Perkara ini didedahkan oleh pembocor berita terkenal, Evan Blass di mana dia berkongsi gambar yang dikatakan imej rasmi Samsung Galaxy S21 FE.



Sumber

Pada gambar Galaxy S21 FE itu, tertera tarikh 11 Januari hari Selasa. Maklumat ini kemudian disahkan oleh seorang lagi pembocor berita, Jon Prosser yang menyatakan bahawa tarikh jualan akan bermula pada 11 Januari, tetapi pelancarannya dianjakkan kepada 3 Januari 2022.

i’m hearing that the announcement for the S21 FE has been moved up to Monday, January 3rd @ 6pm PST

general availability is still on january 11th. https://t.co/C96vGYXDLY

— jon prosser (@jon_prosser) December 20, 2021

Lebih menarik lagi, Evan Blass telah berkongsi buku panduan rasmi Galaxy S21 FE yang menjelaskan secara terperinci spesifikasi peranti ini. Antaranya adalah ia memiliki skrin Dynamic AMOLED 2X 120Hz 6.4-inci, tiga kamera belakang gabungan kamera utama 12MP, kamera ultra lebar 12MP dan kamera telefoto 8MP, kamera hadapan 32MP, cip snapdragon 888, bateri 4,500mAh, pengecasan pantas 25W dan pengecasan wayarles 15W. Galaxy S21 FE akan hadir dalam empat pilihan warna iaitu Olive, Graphite, Putih dan Lavender.



Sumber

Tahun lepas, Samsung Galaxy S20 FE mengejutkan pasaran apabila dilancarkan pada harga lebih murah daripada Galaxy S20 LTE 128GB. Ini kerana ia dilengkapi pemproses Snapdragon 888, menyokong 5G dan ada storan 256GB. Memandangkan Galaxy S21 256GB kini berharga RM3,199, maka Galaxy S21 FE nanti pastilah lebih murah. Mungkin kita boleh melihatnya di bawah RM3,000.

[Sumber: GSMarena]

Bacaan Berkaitan

  • Galaxy S21 FE mahu jadi telefon pertama dilancar tahun depan
  • Galaxy S21 FE tidak akan ada pengecas dan slot kad mikroSD
  • Samsung mahu batal hasilkan Galaxy S21 FE kerana Galaxy Z Flip 3
Tags: samsungSamsung Galaxy S21 FE
Najib

Najib

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Spesifikasi penuh Galaxy S21 FE terdedah, akan dilancar pada 11 Januari?

Spesifikasi penuh Galaxy S21 FE terdedah, akan dilancar pada 11 Januari?

23 December 2021
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN