• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

HUAWEI lancar telefon pintar merah jambu paling mampu dimiliki

  • OLEH Najib
  • 9:51 am
  • 06/06/2018
  • Komen
HUAWEI lancar telefon pintar merah jambu paling mampu dimiliki
Share on FacebookShare on Twitter

Buat peminat warna merah jambu atau pink dengan bajet yang terhad, anda kini boleh mendapatkan telefon pintar dengan warna kegemaran anda menerusi edisi terhad HUAWEI nova 2 Lite berwarna pink. Ia akan mula dijual di Malaysia pada hujung minggu ini.

Siri nova dari HUAWEI disasarkan untuk kumpulan muda remaja dengan tanda harga yang tidak melampau. Seperti HUAWEI nova 2 Lite edisi terhad pink ini, harganya RM754 sahaja dengan GST 0%. Ia boleh dibeli di mana-mana Stor Huawei dan pengedar sah di seluruh Malaysia, bermula hari Sabtu ini 9 Jun 2018.



Lebih istimewa lagi jika anda membeli semasa tempoh HUAWEI Carnival pada 9 & 10 Jun ini, anda berpeluang untuk memenangi kereta Perodua Axia atau telefon pintar PORSCHE DESIGN HUAWEI Mate 10. Pembeli HUAWEI nova 2 Lite juga akan menerima hadiah percuma berupa speaker kayu Bluetooth.

Jika tidak pun, sertai kempen Gaya Raya Bersama Huawei sehingga 17 Jun ini untuk peluang memenangi hadiah percutian ke Tokyo Disneyland atau Club Med Bali. Hadiah percuma berupa beg perjalanan HUAWEI tersedia untuk pembeli dalam tempoh ini.



HUAWEI nova 2 Lite memiliki skrin FullView 5.99-inci dengan resolusi HD+ 1440×720. Kuasa pemprosesnya menggunakan cip Snapdragon 430, bersama 3GB RAM dan 32GB storan dalaman. Baterinya pula 3,000mAh dan dicas melalui port mikroUSB.

Kamera belakang nova 2 Lite menggunakan dwi-lensa 13MP+2MP, manakala kamera hadapannya 8MP dilengkapi flash. Sistem operasi Android 8.0 Oreo bersama EMUI 8.0 menjadi penggerak nova 2 Lite. nova 2 Lite memiliki pengimbas capjari yang pantas serta menyokong teknologi pengecaman wajah untuk membuka kunci skrin.

Jangan ketinggalan untuk bergaya hari raya nanti dengan HUAWEI nova 2 Lite edisi terhad pink ini. Ia akan mula dijual di seluruh Malaysia bermula 9 Jun 0218 dengan harga RM754.

Tags: HuaweiHuawei MalaysiaHuawei Nova 2 LiteNova 2 LiteNova 2 Lite Malaysianova 2 lite merah jambunova 2 Lite pink
Najib

Najib

POPULAR

HUAWEI lancar telefon pintar merah jambu paling mampu dimiliki

HUAWEI lancar telefon pintar merah jambu paling mampu dimiliki

6 June 2018
Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

3 July 2026
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

6 July 2026
Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

7 July 2026
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN