• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

Tiga telefon pintar ASUS turun harga sempena Hari Raya

  • OLEH Najib
  • 11:29 am
  • 06/06/2018
  • Komen
Tiga telefon pintar ASUS turun harga sempena Hari Raya
Share on FacebookShare on Twitter

Berita baik untuk rakyat Malaysia. ASUS Malaysia hari ini mengumumkan penurunan harga kekal untuk tiga model telefon pintar mereka iaitu ZenFone Max Plus M1, ZenFone Max Pro dan ZenFone Max.

Ketiga-tiga model telefon pintar ini memiliki bateri yang besar serta dwi-kamera belakang. Harga baru untuk ketiga-tiga telefon pintar ini adalah seperti berikut:



  • ZenFone Max Plus M1 – RM749 RM649
  • ZenFone 4 Max Pro (ZC554KL) – RM659 RM599
  • ZenFone 4 Max (ZC520KL) – RM565 RM499

ZenFone Max Plus M1 adalah telefon pintar dengan kuasa cip Mediatek MT6750, 4GB RAM dan 32GB storan. Ia memiliki skrin HD+ 5.7-inci dengan bateri 4,130mAh. Kamera belakangnya 16MP+8MP dan kamera depan 16MP.

ZenFone 4 Max Pro pula dipasang cip Snapdragon 430 di dalam, serta 3GB RAM dan 32GB storan. Skrinnya selebar 5.5-inci HD dan bateri besar 5,000mAh. Kamera belakangnya 16MP+16MP dengan kamera depan juga 16MP.



ZenFone 4 Max adalah yang termurah dalam ketiga-tiga model ini,kerana memiliki spesifikasi lebih rendah. Ia memiliki cip Snapdragon 425 di dalam, dengan 3GB RAM dan 32GB storan. Skrinnya hanya 5.2-inci lebar tetapi bateri masih besar 4,000mAh. Dwi-kamera belakangya menggunakan sensor 13MP+5MP dan kamera hadapan pula 8MP.

Tags: asusasus malaysiaHari RayaZenFone 4 MaxZenFone 4 Max ProZenFone Max Plus
Najib

Najib

POPULAR

Tiga telefon pintar ASUS turun harga sempena Hari Raya

Tiga telefon pintar ASUS turun harga sempena Hari Raya

6 June 2018
MySiren: Ujian amaran kecemasan seluruh negara berlangsung pada 29 November

MySiren: Ujian amaran kecemasan seluruh negara berlangsung pada 29 November

23 November 2026
Honor Pad X9b Max: Tablet 13″ diiktiraf IMAX Enhanced, bateri 10,100mAh pada RM1,499

Honor Pad X9b Max: Tablet 13″ diiktiraf IMAX Enhanced, bateri 10,100mAh pada RM1,499

25 November 2026
Xiaomi lancarkan tiga peranti boleh pakai baharu di Malaysia, harga dari RM199

Xiaomi lancarkan tiga peranti boleh pakai baharu di Malaysia, harga dari RM199

27 November 2026
Tune Talk peroleh lesen daripada MCMC untuk miliki dan kendalikan infrastruktur rangkaian

Tune Talk peroleh lesen daripada MCMC untuk miliki dan kendalikan infrastruktur rangkaian

22 November 2026
CIMB Islamic perkenal Zakat365 Lite dan Faraid360 untuk urusan zakat dan harta pusaka

CIMB Islamic perkenal Zakat365 Lite dan Faraid360 untuk urusan zakat dan harta pusaka

25 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN