• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

CEO TM meletak jawatan, paling singkat dalam sejarah

  • OLEH Najib
  • 5:36 pm
  • 06/06/2018
  • Komen
CEO TM meletak jawatan, paling singkat dalam sejarah
Share on FacebookShare on Twitter

KEMASKINI: Bursa Malaysia mengesahkan perletakan jawatan Shazalli Ramly sebagai CEO TM

Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly dilaporkan telah meletakkan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Telekom Malaysia (TM), mengikut maklumat dalaman yang dilaporkan oleh Bloomberg.



Shazalli baru sahaja memegang jawatan CEO TM pada 1 Mei 2017, menggantikan tempat Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa. Jika benar, bermakna Shazalli memegang jawatan sebagai CEO TM selama satu tahun sahaja, paling singkat dalam sejarah TM.

Sebelum ini, Shazalli merupakan CEO kepada Axiata Group Berhad, yang memiliki Celcom Axiata di Malaysia. Beliau juga pernah menjadi CEO kepada Celcom Axiata, CEO NTV7 serta bertugas di Unilever dan ASTRO.



Semasa beliau menjadi CEO TM, antara perubahan yang dibawanya adalah menukar jenama webe kepada unifi mobile, dan menyatukan semua produk pengguna TM kepada satu jenama unifi.

Menurut Bloomberg lagi, pendapatam TM tidak menampakkan hasil berikutan saham TM jatuh 43% sejak 12 bulan lepas. TM turut melaporkan suku pertama pendapatannya jatuh 32% kepada RM 152.7 juta sahaja.

Perletakan jawatan Shazalli juga dilihat seiring dengan perletakan jawatan banyak jawatan di syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Apakah kesannya kepada produk TM serta pengguna kelak? Kita kena tunggu ketibaan CEO TM yang baru nampaknya.

KEMASKINI: TM mengesahkan perletakan jawatan Shazalli Ramly sebagai CEO TM. Tempat beliau akan dipangku oleh Timbalan CEO TM, Datuk Bazlan Osman berkuatkuasa hari ini, 6 Jun 2018.

[Sumber: Bloomberg, Bursa Malaysia]

Tags: CEO TMShazalli RamlyTelekom MalaysiaTM
Najib

Najib

POPULAR

Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
CEO TM meletak jawatan, paling singkat dalam sejarah

CEO TM meletak jawatan, paling singkat dalam sejarah

6 June 2018
Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

3 July 2026
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026
Proton S70 dipilih sebagai Teksi Madani, wajah baharu teksi Malaysia dilengkapi JPJePlate

Proton S70 dipilih sebagai Teksi Madani, wajah baharu teksi Malaysia dilengkapi JPJePlate

3 July 2026
WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

30 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN