• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

WhatsApp palsu telah dimuat turun 1 juta kali, adakah anda terlibat?

  • OLEH Najib
  • 1:56 pm
  • 07/11/2017
  • Komen
WhatsApp palsu telah dimuat turun 1 juta kali, adakah anda terlibat?
Share on FacebookShare on Twitter

WhatsApp adalah medium perhubungan yang sangat popular di seluruh dunia. Ia juga adalah platform permesejan mudah alih nombor satu di Malaysia. Malah, ada yang menggunakan lebih dari satu akaun WhatsApp.

Tetapi adakah aplikasi WhatsApp di telefon pintar anda tulen dan asli?



Disebabkan populariti WhatsApp, pelbagai aplikasi palsu yang menyerupai WhatsApp telah bercambah. Tambah membimbangkan, aplikasi palsu WhatsApp ini turut terdapat di dalam Google Playstore, dan menerima cap ‘Verified by Play Protect‘ yang menyatakan ia selamat digunakan.

Ya, aplikasi palsu ini mungkin tidak membawa bahaya, tetapi ia disertakan perkara lain di dalamnya seperti iklan dan sepanduk. Sedangkan WhatsApp yang asli adalah percuma dan tiada langsung iklan di dalamnya.



WhatsApp asli (kiri) dan WhatsApp palsu lain (kanan) di Google Playstore

Seorang pengguna di forum Reddit, DexterGenius berkongsi penemuannya tentang satu WhatsApp palsu. Agak memeranjatkan aplikasi ini telah dimuat turun sebanyak 1 juta kali.

Jika diperhatikan, aplikasi ini dilihat telah dihasilkan oleh WhatsApp Inc, macam yang asli. Tetapi pemerhatian teliti akan mendapati terdapat Space yang tersorok di hujung namanya. DexterGenius telah memasang sendiri aplikasi palsu ini untuk siasatan mendalam.

Apabila dipasang, ia akan memuat turun satu aplikasi lain yang menyamar dengan cara menamakan fail tersebut sebagai whatsapp.apk, dan menggunakan ikon lutsinar tanpa nama. Aplikasi ini bertugas menghantar iklan ke peranti pengguna. Nampaknya ia bukan sahaja berjaya menipu pengguna, tetapi juga Google Playstore.

Adakah anda sudah terkena?

Jika ya, buang semua aplikasi palsu tersebut. Selepas ini, pastikan anda hanya memuat turun aplikasi dari stor aplikasi rasmi seperti dari Google Playstore sahaja, dan matikan tetapan ‘Allow installation of non-official apps‘.

Tetapi kadang-kadang aplikasi palsu ini masih berjaya menyelinap ke dalam Google Playstore. Jadi, anda sendiri harus peka terhadap aplikasi tersebut dengan meneliti nama pengeluar, rating bintang serta reviu dan komen terhadapnya. Jika terasa keraguan, tinggalkan atau rujuk mereka yang pakar.

Pemasangan aplikasi anti-virus seperti Kaspersky juga dapat membantu sebagai lapisan tambahan perlindungan untuk mengenalpasti aplikasi palsu.

[Sumber: VernonChan]

Tags: Fake WhatsAppwhatsappWhatsApp palsu
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
WhatsApp palsu telah dimuat turun 1 juta kali, adakah anda terlibat?

WhatsApp palsu telah dimuat turun 1 juta kali, adakah anda terlibat?

7 November 2017
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

10 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
[ KEMASKINI ] Sistem kad debit & kredit Maybank, serta MAE dan Maybank2u tergendala

Maybank: Kemas kini aplikasi MAE sebelum 11 April untuk elak gangguan

4 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN