• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Baucer RM100 dan Vespa Scooter hadiah buat pembeli laptop HP

  • OLEH Najib
  • 11:51 am
  • 07/06/2018
  • Komen
Baucer RM100 dan Vespa Scooter hadiah buat pembeli laptop HP
Share on FacebookShare on Twitter

Banyak sangat promosi berkaitan telefon pintar untuk Hari Raya ini. Tetapi jika anda sedang mencari laptop, HP Malaysia kini sedang mengadakan kempen Jom, Beria Beraya. Ia menawarkan hadiah untuk pembelian laptop HP terpilih. Kempen ini berjalan dari 21 Mei hingga 15 Julai 2018.

HP Malaysia menyediakan hadiah sejumlah RM35,000 dalam kempen Jom, Beria Beraya. Hadiah yang disediakan berupa baucer tunai RM100 yang boleh dipilih antara Zalora, KFC, Petronas, Watsons atau AEON. Bagi pembeli laptop HP ENVY, mereka juga akan menerima perisian Microsoft Office 365 Personal bernilai RM280.



Bagi hadiah utama, terdapat 3 unit Vespa scooter untuk dimenangi. Tetapi ia memerlukan pembeli menulis slogan.

Untuk mendapatkan hadiah di atas, anda perlu membeli laptop HP terpilih dari siri Pavilion, OMEN, ENVY atau Spectre yang dipasang dengan Windows 10, dan berharga RM2,000 ke atas dalam tempoh kempen berjalan.



Kemudian, layari laman web www.hpmalaysia.com/beriaberaya dan isi maklumat yang diperlukan bersama bukti pembelian bagi mendapatkan baucer tunai pilihan bernilai RM100. Selepas itu, lengkapkan slogan bagi peluang memenangi Vespa Scooter.

Baucer tunai RM100 akan dihantar dalam 14 hari bekerja, selepas pembelian disahkan.

Bagi pembelian laptop berharga RM2,000 hingga RM3,999, pengguna menerima satu peluang menghantar slogan untuk memenangi Vespa Scooter. Pembelian laptop berharga RM4,000 ke atas pula akan boleh menghantar dua penyertaan.

Syarat penuh dan terma kempen ini boleh disemak di sini. Untuk maklumat lanjut tentang kempen ini dan mengetahui laptop HP yang mengambil bahagian, boleh ke laman Kempen Beria Beraya HP Malaysia.

Tags: Beria BerayahpHP MalaysiaJomLaptop HP
Najib

Najib

POPULAR

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Baucer RM100 dan Vespa Scooter hadiah buat pembeli laptop HP

Baucer RM100 dan Vespa Scooter hadiah buat pembeli laptop HP

7 June 2018
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

18 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN