• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Insiden curi elektrik untuk lombong kriptowang meningkat 400%, syarikat utiliti rugi RM2.3b

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:15 am
  • 25/01/2022
  • Komen
TNB serbu dua premis dipercayai curi elektrik untuk melombong kriptowang
Share on FacebookShare on Twitter

Menteri Tenaga dan Sumber Asli melaporkan yang insiden kecurian tenaga elektrik oleh pelombong kriptowang kian meruncing. Pihak berkuasa melaporkan terdapat peningkatan sebanyak 400 peratus berbanding 2018, daripada 610 kes kepada 7,209 kes dalam tahun 2021. Isu ini membimbangkan kerana ia memberi impak kepada banyak golongan, secara langsung mahupun tak langsung.

Antara yang dibimbangkan adalah ketakstabilan pembekalan tenaga elektrik kerana syarikat utiliti tidak dapat mengukur permintaan elektrik untuk dibandingkan dengan kapasiti pengeluaran. Tambahan pula, kebanyakan lombong haram menggunakan kelengkapan elektrik yang tidak mendapat perakuan, lantas menjadi risiko keselamatan kepada pengendali ataupun orang sekitarnya.



Kerajaan memberi amaran kepada individu-individu yang tidak bertanggung jawab yang Akta Pembekalan Tenaga Elektrik 1990 boleh digunakan untuk menjatuhkan hukuman kepada sesiapa yang didapati bersalah. Orang yang didapati mencuri tenaga ataupun mengubah suai sambungan pembekalan daripada syarikat utiliti boleh dedenda sehingga RM1 juta dan/atau penjara sehingga 10 tahun.

Melombong kriptowang memang memberikan pendapatan lumayan, cumanya jumlah tenaga yang diperlukan untuk melombong agak banyak. Bukan sahaja unit pelombong perlukan kuasa, ia juga perlu disejukkan bagi mengekalkan prestasi melombong. Kami pernah laporkan lombong-lombong haram pernah diserbu contohnya di Miri, Klang, dan Kuantan.



Sumber: Takiyuddin Haji Hassan

Tags: kriptowang
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
TNB serbu dua premis dipercayai curi elektrik untuk melombong kriptowang

Insiden curi elektrik untuk lombong kriptowang meningkat 400%, syarikat utiliti rugi RM2.3b

25 January 2022
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

9 February 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER