Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

TNB serbu dua premis dipercayai curi elektrik untuk melombong kriptowang

Satu operasi bersepadu antara Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menyerbu dua premis di Taman Pendamar Indah, Klang kerana disyaki mencuri tenaga elektrik untuk melombong kriptowang.

Hal ini kerana mereka mengesan sistem pendawaian yang tidak melalui meter TNB untuk tujuan pengukuran penggunaan. Mereka menjangkakan yang premis ini telah beroperasi selama tiga bulan dan menganggarkan kelurgian sebanyak RM30,000 daripada perbuatan tersebut.

Selain dua premis tersebut, TNB juga mengenal pasti 21 premis yang disyaki mencuri elektrik tapi untuk pelbagai tujuan, tak tertakluk kepada melombong kriptowang.

Kriptowang seperti Bitcoin buat masa ini didagangkan pada harga lebih RM39 ribu seunit. Tapi melombongknya memerlukan tenaga elektrik yang banyak.

Satu kajian yang dijalankan Universiti Cambridge menunjukkan yang tenaga yang diperlukan untuk menampung pengoperasian Bitcoin global ialah 61.76 TWH sebulan. Untuk persepektif, ia adalah 3.3 bulan penggunaan elektrik negara kita semasa permintaan tertinggi dalam tahun 2018.

Sumber: NST

BACA  OnePlus Nord mula diambil tempahan awal di Malaysia