• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

HUAWEI nova 2 Lite turun harga kali kedua bulan ini

  • OLEH Najib
  • 12:39 pm
  • 11/06/2018
  • Komen
HUAWEI nova 2 Lite turun harga kali kedua bulan ini
Share on FacebookShare on Twitter

Baru sahaja turun harga awal bulan ini kerana GST, HUAWEI sekali lagi menurunkan harga telefon pintar kelas pertengahan mereka HUAWEI nova 2 Lite. Dari RM799 pada hari pelancaran, ia turun ke RM754 pada 1 Jun dan kini berharga RM659, berkuatkuasa 9 Jun 2018.

HUAWEI juga baru memperkenalkan warna merah jambu bagi nova 2 Lite minggu lepas, dan ia akan membawa tanda harga yang baru bersama warna biru dan hitam.



Now is the time to be a #novasuperstar! Experience #INnovaTION with the Huawei nova 2 lite, now priced at RM659…

Posted by Huawei Mobile on Friday, 8 June 2018

HUAWEI nova 2 Lite adalah telefon pintar dengan ciri-ciri terkini, seperti skrin FullView 18:9 berukuran 5.99-inci. Ia memiliki cip pemproses Snapdragon 430 bersama 3GB RAM dan 32GB Storan dalaman.

Kamera belakang nova 2 Lite menggunakan dwi-sensor 13MP + 2MP. Manakala kamera hadapannya 8MP dan memiliki LED Flash untuk swafoto yang cerah.



Telefon ini dipasang dengan bateri 3,000mAh dan dicas melalui port mikroUSB. Ia menjalankan sistem operasi EMUI 8.0 berasaskan Android 8.0 Oreo.

HUAWEI masih menjalankan kempen Gaya Raya Bersama HUAWEI sehingga 17 Jun 2018, di mana ia menyediakan hadiah bernilai RM100,000. HUAWEI turut menyediakan hadiah percuma untuk pembelian nova 2 Lite, di mana pembeli akan menerima beg melancong bernilai RM79. Semak maklumat lanjut tentang kempen Gaya Raya Bersama HUAWEI di sini.

Tags: HuaweiHuawei MalaysiaHuawei Nova 2 LiteNova 2 Lite
Najib

Najib

POPULAR

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

28 August 2025
Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

21 August 2025
Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

10 September 2025
Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

14 August 2025
LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

6 August 2025
HUAWEI nova 2 Lite turun harga kali kedua bulan ini

HUAWEI nova 2 Lite turun harga kali kedua bulan ini

11 June 2018

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER