• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Facebook, fail APK dan SMS, cara baru penipu curi wang di bank

  • OLEH Fatin Amanina
  • 1:30 pm
  • 11/02/2022
  • Komen
Facebook, fail APK dan SMS, cara baru penipu curi wang di bank
Share on FacebookShare on Twitter

Polis terima lima laporan berhubung sindiket penipuan menggunakan modus operandi baharu untuk menggodam akaun bank mangsa, melalui fail Kit Pakej Android (APK). Kesemua laporan ini membabitkan kerugian bernilai RM58,844.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, siasatan mendapati sindiket itu menggunakan Facebook untuk iklankan penjualan barang dan perkhidmatan saluran televisyen. Mangsa yang berminat akan menghubungi sindiket melalui WhatsApp. Selepas setuju dengan tawaran yang dibuat, mangsa akan diberi pautan fail APK dan diarah memuat turun aplikasi itu di telefon.



Setelah dimuat turun, aplikasi itu akan gantikan sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) sedia ada. Kemudian, mangsa diarahkan untuk mendaftar sebelum diberikan akses bagi menggunakan aplikasi itu.

Antara maklumat yang diperlukan untuk pendaftaran ialah nama, nombor kad pengenalan, e-mel, butiran kad kredit dan perbankan dalam talian. Setelah semua maklumat dimasukkan dan mangsa menekan butang hantar, paparan kesilapan muka surat (page error) akan ditunjukkan. Hal ini kerana aplikasi itu tidak dipautkan kepada sistem perbankan tulen.



Malah, aplikasi dan proses pendaftaran yang dibuat hanyalah semata-mata untuk dapatkan akses kandungan SMS serta butiran perbankan mangsa. Ia kemudiannya akan digunakan untuk memindahkan wang dari akaun mangsa. Mangsa mula sedar tentang kes ini apabila menyedari baki duit dalam akaun bank berkurangan. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. Selain itu, tawaran iklan di Facebook juga sentiasa diubah suai bagi menjerat lebih ramai mangsa.

Di samping itu, Mohd Kamarudin berkata, pihaknya masih memburu suspek yang dipercayai ada di dalam negara. Mereka juga percaya bahawa suspek menggunakan akaun keldai untuk memindahkan wang dari akaun mangsa. Sebagai langkah pencegahan, beliau menyeru orang ramai untuk sentiasa berwaspada dan jangan mudah percaya dengan iklan di media sosial.

Masyarakat dinasihatkan untuk tidak memuat turun fail APK yang dihantar terus ke telefon pintar oleh individu tidak dikenali. Elakkan juga menggunakan aplikasi APK daripada sumber tidak sah atau mencurigakan. Keselamatan sistem SMS pada telefon pintar hendaklah sentiasa dipelihara, kerana ia menerima SMS OTP daripada pelbagai aplikasi yang dipasang di telefon anda.

[Sumber: Berita Harian]

Tags: FacebookSMS
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Facebook, fail APK dan SMS, cara baru penipu curi wang di bank

Facebook, fail APK dan SMS, cara baru penipu curi wang di bank

11 February 2022
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER