• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TNB mahu 300,000 premis dipasang jalur lebar tetap Allo tahun ini

  • OLEH Najib
  • 11:52 am
  • 23/02/2022
  • Komen
TNB mahu 300,000 premis dipasang jalur lebar tetap Allo tahun ini
Share on FacebookShare on Twitter

Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi syarikat subsidiari milik penuhnya, Allo Technology Sdn Bhd (Allo) telah meluaskan capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi ke 56,132 kediaman di enam kawasan di negeri Perak. Ia merupakan penambahan dari lebih 180,000 premis yang telah dilengkapi Allo meliputi negeri Melaka, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan Johor sebelum ini.

Untuk tahun 2022, TNB mensasarkan untuk melengkapkan rangkaian infrastruktur gentian optik di enam lagi negeri terlibat dengan menghubungkan 300,000 premis menjelang hujung tahun ini. Allo memulakan perkhidmatan jalur lebar tetap mereka di Melaka menerusi 17,000 kediaman di sana.



Pengerusi TNB, Dato’ Sri Hasan Arifin berkata, “Keupayaan TNB menerusi Allo untuk memberi perkhidmatan berasaskan teknologi yang melangkaui perkhidmatan elektrik di negeri Perak ini, adalah manifestasi keupayaan syarikat untuk memastikan rakyat mendapat liputan jalur lebar yang meluas sejajar dengan hasrat kerajaan. Peranan TNB menerusi Allo dalam menjayakan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) membuktikan komitmen berterusan kami menjadikan kehidupan rakyat lebih sejahtera di dunia yang lebih baik, Better, Brighter. Peranan menerangi kehidupan dengan membekalkan elektrik diperteguhkan lagi dengan mempersiapkan rakyat dan negara menghadapi Revolusi Industri 4.0 melalui capaian jalur lebar yang meluas,” kata Hasan.

Usaha TNB menerusi Allo ini demi menyokong JENDELA bagi merapatkan jurang digital dalam kalangan rakyat terutamanya di kawasan luar bandar. Matlamat utama JENDELA adalah mengadakan akses jalur lebar talian tetap berkelajuan Gigabit kepada 7.5 juta premis, mempertingkatkan kelajuan jalur lebar mudah alih dan meluaskan liputan rangkaian jalur lebar mudah alih 4G di kawasan berpenduduk. Kawasan-kawasan yang menerima manfaat infrastruktur ini di negeri Perak ialah Sungai Rapat (16,483 premis), Kinta (17,144), Menglembu (12,497), Papan (4,598), Silibin (2,790) dan Tasek (2,620).



Rangkaian gentian optik ke rumah (FTTH) itu dimanfaatkan menerusi konsep Rangkaian Akses Terbuka (open access). Allo sebagai penyedia rangkaian akses terbuka meluaskan potensi capaian HSBB menerusi kerjasama dengan tujuh pembekal perkhidmatan runcit atau Retail Service Providers (RSP) seperti Maxis, Astro, Digi, Celcom, U Mobile, Freshtel dan Redtone yang menawarkan pelbagai pakej-pakej internet menarik kepada rakyat.

Tunjang kepada perkhidmatan ini adalah talian fiber optik sepanjang 18,000km milik TNB di samping capaian infrastruktur meluas kepada para pelanggan seperti tiang-tiang elektrik TNB di seluruh Semenanjung. Inilah kelebihan TNB selaras dengan aspirasinya sebagai pembekal terunggul bagi solusi tenaga mampan di Malaysia dan antarabangsa. Ia menepati aspirasi Hala Tuju Kelestarian TNB yang menyumbang kepada langkah menangani perubahan iklim serta memenuhi agenda Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) yang menjadi tuntutan global.

Bacaan Berkaitan

  • Astro & Allo menawarkan internet tanpa had bersama kandungan Astro dari serendah RM99
  • Celcom meluaskan liputan jalur lebar dengan kerjasama Allo, beri 6 bulan percuma untuk kediaman terpilih
  • U Mobile lancar pelan jalur lebar tetap dengan diskaun 50% selama 24 bulan dan percuma bulan pertama
  • Kerjasama Maxis dan Allo menjadikan Maxis penyedia jalur lebar tetap terluas di Malaysia
  • Internet Broadband Dari TNB Akan Ditawarkan Pada Harga Serendah RM79
Tags: AlloTNB
Najib

Najib

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
TNB mahu 300,000 premis dipasang jalur lebar tetap Allo tahun ini

TNB mahu 300,000 premis dipasang jalur lebar tetap Allo tahun ini

23 February 2022
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER