• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Polis dan KKM tak cukup untuk pantau pematuhan SOP COVID-19, kerajaan akan tubuhkan pasukan baharu

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:47 am
  • 28/02/2022
  • Komen
Polis dan KKM tak cukup untuk pantau pematuhan SOP COVID-19, kerajaan akan tubuhkan pasukan baharu
Share on FacebookShare on Twitter

Kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan untuk menubuhkan pasukan yang digelar “duta endemik” khas untuk COVID-19. Ia bertujuan untuk memastikan pematuhan SOP COVID-19 apabila wabak ini beralih kepada fasa endemik kelak. Perkara ini akan dibawa ke dalam mesyuarat bersama menteri-menteri berkaitan dalam masa terdekat.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata yang rakyat Malaysia perlukan tahap disiplin yang tinggi bagi mendepani norma baharu masa ini. Duta pematuhan yang diilhamkan kerajaan akan melibatkan banyak pihak.



Polis antara badan yang aktif menyebarkan kesedaran (sumber)

Contohnya, beliau membayangkan syarikat penerbangan yang melakukan peringatan secara berkala terhadap pelancong yang keluar masuk melalui pintu udara Malaysia ataupun penghantar surat Pos Malaysia yang melakukan perkara yang sama apabila menghantar surat.

Selain itu, ahli Komuniti Keluarga Malaysia yang berjumlah 30 ribu masa ini turut akan diberikan latihan bagi memperlengkap diri menjadi duta pematuhan dengan moto “Kita Jaga Kita”.



Komuniti Keluarga Malaysia (KKM) adalah program yang diumumkan kerajaan dalam bulan Disember 2021 lalu. Tujuannya adalah untuk memudahkan penyampaian maklumat daripada pihak kerajaan menuruni siratan hingga tiba ke rakyat, terutamanya hal-hal berkaitan dasar kerajaan.

Sumber: MalayMail

Bacaan berkaitan

Cara untuk tahu sama ada kit RTK-Ag COVID-19 anda diluluskan KKM ataupun tidak – SoyaCincau.com

LHDN beri pelepasan cukai sehingga RM1,000 untuk pembelian RTK-Ag dan RT-PCR COVID-19 – SoyaCincau.com

Tags: COVID-19
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Polis dan KKM tak cukup untuk pantau pematuhan SOP COVID-19, kerajaan akan tubuhkan pasukan baharu

Polis dan KKM tak cukup untuk pantau pematuhan SOP COVID-19, kerajaan akan tubuhkan pasukan baharu

28 February 2022
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN