• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TNB saran tarif khas untuk aktiviti melombong kriptowang

  • OLEH Fatin Amanina
  • 1:50 pm
  • 02/03/2022
  • Komen
TNB saran tarif khas untuk aktiviti melombong kriptowang
Share on FacebookShare on Twitter

Operasi perlombongan Bitcoin secara haram kini kian berleluasa. Aktiviti ini juga mengakibatkan TNB kerugian berbilion ringgit disebabkan adanya kecurian elektrik. Oleh itu, Tenaga Nasional Bhd (TNB) sedang mencari cara untuk benarkan operasi ini berjalan secara sah dengan memperkenalkan tarif khas untuk aktiviti ini.

Menurut pengerusi dan ketua pegawai eksekutif TNB, Datuk Baharin Din, cadangan kadar tarif khas untuk melombong Bitcoin telah dirangka dan ia telah dimajukan kepada Suruhanjaya Tenaga Malaysia (Energy Commission) untuk mendapat kelulusan. Cadangan ini juga dikemukakan bagi menggalakkan pengendali lombong Bitcoin mendapatkan bekalan elektrik secara sah.



Kalau anda nak tahu bertapa parahnya kerugian yang dihadapi TNB, dalam tahun 2018 terdapat 610 kes kecurian elektrik telah dikesan. Kemudian, jumlah melonjak pada tahun 2021 apabila sebanyak 3,091 kes telah direkodkan.

Sebenarnya, aktiviti melombong Bitcoin yang dijalankan secara haram boleh datangkan risiko besar kepada premis serta orang lain di sekitar. Hal ini kerana biasanya orang yang mencuri elektrik untuk mesin melombong Bitcoin menggunakan kelengkapan elektrik yang tidak mendapat perakuan. Maka ia boleh mengakibatkan kebakaran berlaku. Selain itu, aktiviti ini juga boleh menyebabkan gangguan bekalan elektrik di kawasan sekitarnya.



Jumlah tenaga yang dicuri oleh pelombong haram ini bukannya sedikit. Contohnya, dalam 2018, TNB melaporkan lebih daripada 4,545 GWh tenaga telah hilang daripada grid kuasa. Kerugian yang dianggarkan adalah lebih daripada RM2.3 billion. Disamping itu, pemilik premis akan teraniaya kerana perlu menanggung segala tuntutan dan tindakan yang dikenakan oleh pihak berkuasa hasil daripada aktiviti haram ini.

Dengan inisiatif mengenakan tarif khas untuk perlombongan Bitcoin, mungkin ia dapat mengurangkan kes kecurian elektrik serta mengurangkan kerugian yang berlaku selama ini.

[Sumber: NST, FMT]

Bacaan berkaitan

  • Insiden curi elektrik untuk lombong kriptowang meningkat 400%, syarikat utiliti rugi RM2.3b
  • Intel akan hasilkan cip khas untuk kriptowang
  • Kerangka kerja Bitcoin dikemas kini dengan Taproot, kerahsiaan dipertingkat
Tags: bitcoinkriptowangTNB
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

TNB saran tarif khas untuk aktiviti melombong kriptowang

TNB saran tarif khas untuk aktiviti melombong kriptowang

2 March 2022
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

10 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN