• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

iPad Air (2022) kini diperkasa cip M1, ini harga jualannya di Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:53 am
  • 09/03/2022
  • Komen
iPad Air (2022) kini diperkasa cip M1, ini harga jualannya di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Apple telah mengemas kini penawaran iPad Air mereka seiring dengan penguguman beberapa produk lain seperti iPhone SE dan yang seangkatan dengannya. Kalau anda sedang cari tablet yang ada spesifikasi berkuasa, ini adalah opsyen terbaharu yang anda ada.

Harga jualan iPad Air (2022) di Malaysia

Untuk generasi kali ini, Apple telah menaikkan harga jualan barisan iPad Air mereka sehingga RM200, tapi varian yang ditawarkan masih sama. Berikut adalah harga jualan iPad Air (2022):



  • Storan 64GB (WiFi) – RM2,699
  • Storan 64GB (Selular) – RM3,349
  • Storan 256GB (WiFi) – RM3,349
  • Storan 256GB (Selular) – RM3,999

Daripada senarai harga tersebut, dapatlah kita lihat yang harga permulaannya telah naik sebanyak RM100 manakala harga varian paling mahal telah naik sebanyak RM200. Kemudian, harga untuk varian selular 64GB turut dinaikkan dan kini menyamai harga varian WiFi 256GB.

Seperti biasa, kalau dah beli iPad, tentu sekali anda perlukan beberapa aksesori ini. Berikut adalah pilihan yang anda ada:



  • Apple Pencil (Gen-2) – RM549
  • Magic Keyboard – RM1,349
  • Smart Keyboard Folio – RM769
  • Smart Filio – RM329

Spesifikasi iPad Air (2022)

iPad Air (2022) masih mengekalkan fizikaliti iPadi Air (2022). Anda masih terima tablet dengan paparan 10.9” Liquid Retina (LCD). Namun, di bahagian dalamnya adalah bahagian yang diperkemas.

Apple telah memperkasa iPad Air kali ini dengan cip Apple M1 untuk menggantikan cip Bionic dalam generasi sebelum ini. Daripada sudut prestasi, Apple melaporkan yang iPad Air ini 60% lebih berkuasa berbanding yang sebelumnya. Apple M1 juga menjanjikan sehingga dua kali ganda lebih prestasi daripada sudut grafik.

Selain memacu prestasi, penggunaan cip baharu ini turut memperlengkap iPad dengan kemampuan penyambungan kepada rangkaian 5G. Pengguna kini turut boleh memanfaatkan port USB-C yang lebih versatile kerana ia hadir menggantikan port lightning sedia ada.

Lagi yang menerima naik taraf adalah kamera depan yang kini 12MP. Kamera belakang masih kekal 12MP seperti sebelumnya.

Bacaan berkaitan

Apa yang baru dengan iPad Air (2020)? – SoyaCincau.com

Tags: appleApple iPadapple ipad airapple m1ipad Air
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

iPad Air (2022) kini diperkasa cip M1, ini harga jualannya di Malaysia

iPad Air (2022) kini diperkasa cip M1, ini harga jualannya di Malaysia

9 March 2022
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

5 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN