• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Astro

Netflix kini sedia ditonton di Astro Ulti Box yang lebih murah

  • OLEH Najib
  • 1:38 pm
  • 10/03/2022
  • Komen
Netflix kini sedia ditonton di Astro Ulti Box yang lebih murah
Share on FacebookShare on Twitter

Pengguna Astro Ultra Box telah menikmati kandungan Netflix sejak 4 bulan lepas. Kini, Astro telah bersedia menyajikan kandungan Netflix untuk pengguna di Ulti Box pula. Cara ini menjadikan menonton Netflix sangat mudah di dalam peranti Astro tersebut.

Ulti Box adalah tawaran kotak media Astro yang lebih murah berbanding Ultra Box, kerana ia menyediakan tontonan sehingga resolusi HD Penuh sahaja, berbanding resolusi Ultra HD 4K di Ultra Box.



Menurut Astro, pelanggan Ulti Box yang lain, boleh menaik taraf pelan mereka kepada pakej baru Entertainment Plus bersama akaun Netflix. Pelanggan Entertainment Plus sedia ada, boleh terus menonton Netflix menerusi Ulti Box dengan pergi ke aplikasi Netflix di halaman utama. Satu lagi cara, dengan pergi ke saluran 741.

Jika tidak mahu melanggan pek Entertainment Plus, pelanggan Astro boleh juga melanggan Netflix sahaja terus di aplikasi Netflix di halaman utama.



Buat masa ini, Astro hanya menawarkan Ulti Box kepada pelanggan baru yang mendaftar pakej asas berharga RM59.99/bulan. Untuk pakej Entertainment, Entertainment Plus atau Platinum, akan menerima Ultra Box dengan sokongan UHD 4K.

Pakej Entertainment Plus yang datang dengan langganan Netflix dan TVB+ Anywhere berharga RM129.99/bulan manakalan pek Platinum dengan tawaran sama ditambah lebih saluran serta langganan Disney+ Hotstar dan HBO Go pula, berharga RM194.90/bulan.

Jika anda sudah ada jalur lebar tetap di rumah, Astro ada menawarkan pilihan Plug & Play yang membolehkan pengguna menikmati Astro tanpa perlu memasang piring satelit. Bagaimanapun, kelajuan sekurang-kurangnya 30Mbps diperlukan untuk menonton kandungan 4K.

Untuk maklumat lanjut tentang tawaran ini, layari laman web Astro.

Bacaan Berkaitan

  • Astro Ulti, kotak tv internet terbaru Astro yang lebih murah
  • Astro meterai perjanjian dengan Netflix, pelanggan akan boleh tonton Netflix di Ultra & Ulti Box
  • Netflix kini ada di Astro Ultrabox, langganan diberi percuma untuk pelanggan 2 pek ini
Tags: astroAstro Ulti BoxNetflix
Najib

Najib

POPULAR

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

13 January 2026
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Proton e.MAS 7 2026 pemasangan tempatan dilancarkan, harga dari RM99,800

Proton e.MAS 7 2026 pemasangan tempatan dilancarkan, harga dari RM99,800

21 January 2026
Netflix kini sedia ditonton di Astro Ulti Box yang lebih murah

Netflix kini sedia ditonton di Astro Ulti Box yang lebih murah

10 March 2022

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER