Ada seorang pembangun ini telah menyuntik Ray Tracing mask ke dalam permainan klasik Doom (1993). Hasilnya sangat mengagumkan terutamanya pada kesan pencahayaan sewaktu peluru musuh sedang terbang ke arah anda.
Menariknya tentang perkara ini adalah, anda sendiri boleh mencubanya sekiranya anda miliki salinan permainan Doom klasik. Apa yang perlu anda buat adalah untuk ekstrak isi kandungan fail zip PrBoom masuk bersama-sama fail permainan Doom yang asal.
Bukan setakat itu, projek Prboom juga menyokong DLSS yang akan menaik skala resolusi permainan kepada 4K dan pembangun projek turut menyertakan fail audio berkualiti tinggi untuk dipadankan dengan grafik berkualiti tinggi.
Namun begitu, perlu diingatkan yang Prboom hanya menyokong kad grafik Nvidia yang menyokong Ray Tracing sahaja.
Ray Tracing adalah teknologi yang sering dijajau ntuk jadikan permainan video tampak lebih realistik. Namun untuk permainan moden, ia paling cliché digunakan dalam senario hujan ataupun pantulan di cermin dan air semata-mata untuk mendemonstrasikan teknologi itu.
Anda boleh pergi ke laman GitHub ini untuk maklumat lanjut.
Bacaan berkaitan
Huawei Pamerkan Kemampuan Kirin 990 Menyokong Fungsi Ray Tracing – SoyaCincau.com
Game Among Us dibangunkan semula guna Unreal Engine, rupanya sangat lain macam – SoyaCincau.com