• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme Narzo 50A Prime tiada pengecas, kad TNG generasi baru & kereta sewa percuma GoCar| SBM #63

  • OLEH Fatin Amanina
  • 3:29 pm
  • 13/04/2022
  • Komen
Realme Narzo 50A Prime tiada pengecas, kad TNG generasi baru & kereta sewa percuma GoCar| SBM #63
Share on FacebookShare on Twitter

Antara berita yang dikongsikan ialah, apa kelebihan Vivo Y33T berbanding Y21T? Boleh tambah nilai kad TNG guna telefon? Kenapa Realme tak sertakan pengecas untuk Narzo 50A Prime? dan banyak lagi berita lain yang dikupaskan.

1. Vivo Y33T: model lebih baik berbanding Y21T di bawah RM1,000

Vivo Malaysia baru lancarkan telefon pintar Vivo Y21T. Kini mereka umumkan ketibaan satu lagi peranti yang hampir serupa, Vivo Y33T. Kedua-duanya gunakan cip Snapdragon 680. Harga jualannya ialah RM999.



Spesifikasi penuh di sini.

2. Kad TNG baharu ini boleh ditambah nilai dengan telefon, ini caranya

Touch ‘n Go (TNG) telah dikesan memuat naik beberapa video berkaitan produk baharu. Walaupun ia sudah disembunyikan untuk tontonan umum, tapi kami sempat menontonnya. Produk ini dipanggil Enhanced Touch ‘n Go Card ataupun kad TNG generasi baharu. Ia membolehkan anda menambah nilai baki kad terus daripada telefon tanpa perlu pergi ke kiosk khas.



Berita penuh di sini.

3. Celcom Pasang Terus, tawar pemasangan jalur lebar tetap hari yang sama di Sabah dari serendah RM59/bulan

Celcom lancarkan kempen ‘Pasang Terus‘. Dengannya, pelanggan Celcom di kawasan terpilih di Sabah boleh dapat pemasangan Celcom Home Fibre pada hari yang sama, tanpa perlu buat janji temu.

Berita penuh di sini.

4. Realme umumkan tidak sertakan pengecas, bermula dengan Narzo 50A Prime

Banyak pengeluar tak  sertakan blok pengecas untuk pembelian telefon baharu. Kali ini, Realme pula. Menurut Realme, Narzo 50A Prime tidak hadir dengan pengecas di dalam kotak. Mereka berpendapat yang sudah ada banyak pengecas 10W dimiliki pengguna dan mereka berusaha untuk memacu inisiatif persekitaran mapan.

Berita lanjut di sini.

5. Pas Sahur Digi ada kuota 444GB hanya RM7 seminggu, prabayar dan pascabayar ada data tambahan sempena Ramadan

Digi mulakan kempen sempena Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri dengan perkenalkan promosi ‘Juara Internet Sinaranku‘. Promosi  ini tawarkan penjimatan dan rebat untuk pelbagai produk Digi, sehingga 31 Mei 2022.

Maklumat penuh di sini.

6. GoCar tawarkan kereta sewa percuma sempena Hari Raya, ini cara dapatkannya

GoCar tawarkan satu hari penggunaan percuma untuk perkhidmatan kereta sewa GoCar pergi-balik sempena bulan Ramadan dan Hari Raya yang bakal tiba. Tempoh tempahan menggunakan kereta sewa minimum adalah dua hari dan ke atas. 

Maklumat lanjut di sini.

7. Sumbangan Ramadan anda diganda, jimat hingga Hari Raya dengan Grab

Bagi menggalakkan orang ramai bersedekah di bulan Ramadan, Grab Malaysia lancarkan kempen ‘Jimat-Jimat, Ingat-Ingat‘. Anda boleh kumpul mata ganjaran GrabRewards kemudian menukarnya kepada sumbangan. Anda tukar mata GrabRewards untuk sumbangan RM5, ia akan digandakan oleh Grab kepada RM10.

Berita penuh di sini.

Tags: celcomdigienhanced tngGocarGrabRealme Narzo 50A PrimeVivo Y33T
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Realme Narzo 50A Prime tiada pengecas, kad TNG generasi baru & kereta sewa percuma GoCar| SBM #63

Realme Narzo 50A Prime tiada pengecas, kad TNG generasi baru & kereta sewa percuma GoCar| SBM #63

13 April 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER