• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

BYD Atto 3 2024 Malaysia: Naik taraf jarak kembara lebih jauh pada harga RM149,800

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:49 pm
  • 06/09/2024
  • Komen
BYD Atto 3 2024 Malaysia: Naik taraf jarak kembara lebih jauh pada harga RM149,800
Share on FacebookShare on Twitter

Sime Darby Motor telah memperkenalkan BYD Atto 3 2024 yang dinaik taraf dengan jarak kembara lebih jauh. Ia merupakan iterasi terbaharu kepada BYD Standard 2024 yang diumumkan pada Mei lepas, dan secara asasnya adalah BYD Atto 3 Extended Range yang diperkenal pada Disember 2022.

Harga BYD Atto 3 Extended Range 2024 di Malaysia

Menariknya, harga BYD Atto 3 Extended Range 2024 baharu ini masih kekal sama dengan model Atto 3 Standard yang diumumkan pada Mei lepas. Model Extended Range terbaru Atto 3 ini dilancarkan di Malaysia pada harga RM149,800.



Jika dibandingkan dengan BYD Atto 3 Extended Range yang diperkenal pada tahun 2022, model Extended Range 2024 terbaru ini RM18,000 lebih murah berbanding harga pelancaran RM167,800 yang dikenakan pada model sebelumnya.

Sekadar maklumat tambahan, Atto 3 sekarang merupakan SUV elektrik paling popular di Malaysia dengan sebanyak 1,990 unit didaftarkan di antara Januari hingga Julai 2024.



Apa yang baru di BYD Atto 3 Extended Range 2024?

Sebagai model dengan jarak kembara lebih jauh, model Atto 3 2024 baharu yang dinaik taraf ini ada diberikan beberapa penambahbaikan walaupun tiada perubahan pada jenis motor yang digunakan. Ia masih menggunakan motor tunggal berkuasa 150kW (201hp) memacu roda hadapan, tetapi dengan pecutan abad 0-100km/j yang sedikit lebih cepat dalam masa 7.3 saat.

Model Atto 3 Extended Range 2024 ini juga telah ditambah baik dengan bateri LFP berkapasiti 60.48kWh yang membolehkannya untuk ada jarak kembara 420km dalam satu isian penuh berdasarkan piawaian WLTP (NDEC 480km). Input pengecasan DC yang disokong juga lebih pantas pada 88kW, manakala pengecasan AC masih 7kW.

Selain itu, Model Atto 3 Extended Range 2024 ini juga didatangkan dengan beberapa naik taraf lain berbanding model Atto 3 Standard Range 2024. Ini termasuk roda lebih lebih besar bersaiz 18-inci, 8 speaker serta didatangkan dengan penapis udara PM2.5 terbina. Terdapat juga penambahan lampu ambien RGB di pemegang pintu dengan mod yang boleh mengikut rentak muzik.

Tidak seperti model Atto 3 sebelumnya, model yang baru ini juga kini hadir dengan logo BYD yang lebih ringkas di belakang kereta dan tiada lagi perkataan “Build Your Dreams”. Tayar yang diberikan juga kini digantikan kepada Continental EcoContact 6 Q berbanding tayar Atlas Batman.

[Sumber: SoyaCincau]

Bacaan berkaitan

  • BYD henti tawarkan Atto 3 Extended Range, sebaliknya tambah baik varian Standard
  • BYD Atto 3 ada pemecut masa rahsia 0-100! Ini cara mengaktifkannya
  • 100 unit BYD Atto 3, EV berharga bawah RM200,000 telah selamat tiba ke tangan pemilik di Malaysia
Tags: BYDBYD Atto 3BYD Atto 3 Extended RangeBYD MalaysiaEVSime Darby Motor
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

BYD Atto 3 2024 Malaysia: Naik taraf jarak kembara lebih jauh pada harga RM149,800

BYD Atto 3 2024 Malaysia: Naik taraf jarak kembara lebih jauh pada harga RM149,800

6 September 2024
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
Hotlink perkenal pelan Postpaid 50 baharu dengan 500GB data pada harga RM50/bulan

Hotlink perkenal pelan Postpaid 50 baharu dengan 500GB data pada harga RM50/bulan

18 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN