Adakah Anda Sunting Gambar Dengan Betul Di Telefon Selama Ini?

Zaman telefon canggih sekarang, sesiapa pun boleh jadi jurugambar. Kemudian, sudah tentu ramai yang ingin menyuntik perspektif baru dalam gambar masing-masing dengan menyuntingnya (edit) dalam apps khas bagi membawa gambar itu ke satu tahap lebih atas.

Tapi, adakah anda memiliki satu protokol khusus yang anda sedang amalkan dalam menyunting gambar?

Sebelum era digital, fotografi analog adalah sesuatu yang menjerihkan – sumber

Yang pertama adalah cuba kita renungkan proses kita mengambil gambar.

  1. Mula-mula kita lancarkan apps kamera telefon masing-masing.
  2. Kita cari komposisi yang terbaik bergantung pada subjek.
  3. Untuk yang lebih mahir, mereka mungkin gunakan mode manual. Pada peringkat ini mereka mula bermain dengan variable seperti white balance, shutter speed, dan ISO.
  4. Gambar ditangkap.

Menyunting gambar pun hampir serupa prosesnya d engan kita ambil gambar tadi. Jom cuba tips kami ini.

Dalam tutorial ini, Snapseed diambil sebagai contoh apps. Bukan saja percuma, ia ada pada platform Android dan iOS untuk membolehkan kedua-dua golongan pengguna ini beroleh manfaat.

Buka Gambar Di Snapseed

Menyunting di telefon pintar amatlah mudah dan pantas. Sungguhpun tidak menyediakan fleksibiliti seperti desktop, untuk kegunaan seharian, apps di telefon pintar memiliki ciri cukup untuk tujuan tersebut. Langkah yang pertama sudah tentu membuka imej yang ingin dikonsi pada Snapseed.

Setiap kali anda melihat gambar pada Gallery telefon masing-masing, butang Share sentiasa ada di sekitar paparan itu. Bergantung pada jenis telefon ataupun apps Gallery yang ada gunakan, cari butang Share dan tekan. Kemudian cari apps Snapseed utuk mengarahkan Gallery menghantar gambar itu ke Snapseed untuk disunting.

BACA  Ini Caranya Nak Guna Fungsi e-SIM Pada Telefon Xiaomi Anda

Jajar Komposisi

Komposisi adalah kunci kepada gambar yang menarik. Gambar yang dihasilkan kamera lama, walaupun warnanya kini pudar ditelan zaman, dek komposisinya yang menarik, anda secara tak sedar menjadi tertarik dengan gambar itu.

Agak sukar untuk ikuti hukum kompisisi jika anda dalam keadaan kelam kabut dan tangan menggeletar

Semasa mengambil gambar, anda perlulah menetapkan hukum komposisi yang ingin digunakan. Salah satu hukum yang paling banyak digunakan adalah Rule of Thirds. Jika betul penggunaan konsep itu, dalam ruang digital ini, anda hanya memerlukan suntingan yang minimum pada tahap ini.

Anda boleh memperbetul komposisi menggunakan fungsi Perspective, Rotate, dan Crop.

Kedudukan Perspective, Rotate, dan Crop dalam UI Snapseed

Dari kiri, Perspective, Rotate, dan Crop

Gambar selepas diperbetul komposisi

Seleps komposisi sudah cantik, barulah kita main dengan warna dan exposure pula.

Perbetul Exposure

Exposure dalam istilah dunia fotografi analog adalah tempoh pendedahan filem terhadap cahaya.

Lebih lama filem didedahkan, lebih banyak cahaya ditangkap oleh filem dan akhirnya akan terjadi overexposed, satu keadaan apabila gambar menjadi terlalu cerah. Pendedahan yang terlalu singkat pula menjerumus kepada underexposed, keadaan setentang dengan overexposed.

Bahagian pokok (kiri) yang terlalu cerah dan platform menunggu (kanan) yang agak suram

Maka, dalam fotografi digital, kita mencari satut titik ekuilibrium antara keduanya. Kita bukan saja boleh menyunting pendedahan, anda turut bolah mengubah warna dan ketajaman dengan mudah. Itulah kebaikkan fotografi digital berbanding analog.

Selepas membuka imej yang ingin disunting, cari Tune Image untuk bermain dengan exposure.

Tiada cara khusus untuk memperbetul exposure sesuatu gambar. Apa yang anda boleh lakukan adalah cuba jaya. Jika imej terlalu cerah, anda boleh menurunkan Highlights. Jika sebaliknya, anda boleh menaikkan Ambiance dan Shadow.

BACA  Laman ini senaraikan aplikasi Google yang telah berkubur

Warmth diubah untuk memberikan rasa kehangatan pada gambar.  Tapi harus diingatkan ia perlu selari dengan gambar yang disunting. Jika anda menyunting gambar gurun Sahara, tak mungkin gambar berkeadaan sejuk (biru).

Gambar selepas suntingan

Sembuhkan Cela

Salah satu manfaat terbesar dunia fotografi digital adalah cacat cela pada gambar boleh disembuhkan dengan mudahnya menggunakan perisian. Dalam gambar dibawah, ada sebuah kereta berwarna hitam yang sedang melalui sebatang jalan.

Jika ia tidak selari dengan apa yang bayangkan sebelum mengambil gambar, buangkan saja kereta itu menggunakan fungsi Healing.

Selepas membuka gambar di Snapseed, cari fungsi Healing yang letaknya dibawah fungsi Persepctive. Menggunakan dua jari, zum masuk ke kereta itu dan lukis di atasnya. Snapseed akan mengisi ruang itu dengan cara menyalin kandungan yang berada dalam piksel disebelahnya.

Jika anda masih tidak berpuas hati dengan hasilnya, Undo dan buat semula kerana Snapseed menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk mengisi ruang tersebut. Maka, setiap kali anda melakukan Healing, hasilnya akan berbeza.

Fungsi healing digunakan untuk membuang objek yang tak diingini dalam gambar

Hasil selepas menggunakan fungsi Healing

Simpan & Kongsi

Hah, selepas ketiga-tiga turutan sudah selesai, barulah gambar anda lebih menonjol daripada orang lain untuk dikongsi!

Jajar komposisi, perbetul exposure, dan sembuhkan cela adalah tiga perkara asas yang boleh menaikkan kualiti imej anda ke satut ahap yang lebih tingig. Apps seperti Instagram dan Facebook ada menyediakan fungsi menyunting gambar terus daripada dalam Apps. Walau bagaimanpun, kupayaan yang ditawarkannya sedikit terhad berbanding Snapseed.

Bagaimanakah cara anda menyunting gambar selama ini? Kongsikan dengan kami dalam ruangan komen di bawah.