• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Miliki iPhone X Daripada Digi Pada Harga Bermula RM3,593

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:54 am
  • 17/11/2017
  • Komen
Miliki iPhone X Daripada Digi Pada Harga Bermula RM3,593
Share on FacebookShare on Twitter

Digi hari ini telah mengumumkan struktur tawaran iPhone X mereka di laman web. Sebanyak 3 pelan pascabayar disediakan Digi untuk dipadankan dengan telefon sekuasa iPhone X ini. Anda boleh memilih sama ada:

  • Digi Postpaid 78
  • Digi Postpaid 108
  • Digi PostPaid 138

Semua pelan pascabayar yang ditawarkan memberikan anda panggilaan tanpa had ke semua rangkaian bersama SMS percuma sehingga 1000 unit. Untuk lebihan penggunaan, anda akan dicas 10 sen/SMS dan 20 sen/MMS.



Bagi data Internet, Digi membahagikan data kepada dua iaitu data hari biasa dan data hujung minggu. Misalna, jika anda melanggan Digi Postpaid 78, anda menerima 6GB data hari biasa dan 6GB data hari minggu.

Untuk bayaran di kaunter pula, Digi memungut dua jenis pendahuluan iaitu pendahuluan pelan dan juga pendahuluan peranti. Walau bagaimanapun, kedua-duanya akan digunakan untuk melunaskan bil bulanan anda sehingga pendahuluan habis digunakan.



Harga iPhone X yang termurah yang boleh anda peroleh adalah varian 64GB bersama Digi Postpaid 78. Anda perlu membayar RM4,773.18 pada hari pembelian, RM646 lebih murah berbanding harga asal iPhone X 64GB sebelum GST. Seperti biasa, Digi juga ada menyediakan pembelian secara ansuran.

Tempoh tempahan iPhone X dibuka bermula sekarang hingga 23 November 2017. Sila ke laman Digi untuk maklumat lanjut.

Tags: digidigi malaysiadigi postpaidharga iphone x malaysiaiPhone Xpasbayar digitempahan iphone x
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Miliki iPhone X Daripada Digi Pada Harga Bermula RM3,593

Miliki iPhone X Daripada Digi Pada Harga Bermula RM3,593

17 November 2017
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN