• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

ookyo tambah lebih data dalam pelan internet tanpa hadnya

  • OLEH Najib
  • 7:19 pm
  • 23/11/2017
  • Komen
ookyo tambah lebih data dalam pelan internet tanpa hadnya
Share on FacebookShare on Twitter

ookyo, sebuah servis unik oleh Maxis dilihat telah membuat sedikit perubahan dalam penawaran data internetnya. Sebelum ini, ookyo memberi data berkelajuan pantas sebanyak 3GB dan data berkelajuan perlahan sebanyak 500MB, bersama internet tanpa had untuk aplikasi terpilih.

Hari ini, pengguna ookyo menerima SMS yang memberitahu data mereka telah dinaiktaraf dari 3GB menjadi 4GB. Bagaimanapun, ia tidak berkuatkuasa serta merta. ookyo akan mengemaskini kuota baru ini pada kitaran bil pengguna yang akan datang.



SMS ini dilihat selaras dengan kemaskini yang terdapat di laman web ookyo, di mana ia telah dikemaskini yang menyebut sebanyak 4GB internet untuk penggunaan lain-lain.

Jika anda masih tidak kenal, ookyo bukanlah pelan prabayar atau pascabayar yang biasa. Ia memerlukan pengguna mendaftar bersama kad debit atau kredit untuk dibuat potongan auto-debit sebanyak RM30 sebulan.



ookyo menyediakan dua pek bulanan untuk dipilih. Pek Social memberikan internet tanpa had buat beberapa aplikasi sosial, manakala Pek Entertainment pula lebih kepada penstriman lagu tanpa had. Selain itu, aplikasi Whatsapp, LINE, WeChat dan Facebook Messenger adalah tanpa had sepenuhnya buat semua pengguna ookyo.

Bagaimanapun, ookyo hanya boleh digunakan di peranti Android sahaja buat masa ini. Ia memerlukan aplikasi khas yang dibina bersama VPN dan hanya boleh dimuat turun di Google Playstore.

ookyo kini sedang menjalankan promosi RM1 untuk bulan pertama bagi pendaftaran baru sehingga 5 Disember 2017. Jika berminat, jangan terlambat untuk mendaftar melalui laman web ookyo.

Tags: maxisookyo
Najib

Najib

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
ookyo tambah lebih data dalam pelan internet tanpa hadnya

ookyo tambah lebih data dalam pelan internet tanpa hadnya

23 November 2017
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN