Teka Harga ZenFone Max Plus Untuk Bawa Pulangnya Secara Percuma

Kami sudah melaporkan yang ASUS Malaysia akan melancarkan sebuah telefon baru tak lama lagi dan ianya adalah telefon pertama ASUS yang mempamerkan skrin 18:9. Hari ini, ASUS menawarkan ZenFone Max Plus M1 secara percuma untuk sesiapa sahaja yang berjaya meneka harga telefon itu sebelum hari pelancarannya.

Mereka turut berkongsikan satu hint tentang harga Max Plus M1. Ia akan dijual pada harga lebih rendah daripada RM1000!

 

[CONTEST] ZenFone Max Plus will be available soon! Guess the price and stand a chance to win this new…

Posted by ASUS on Sunday, December 3, 2017

Menyertainya amat mudah. Anda hanya perlu Follow laman Asus Malaysia di Facebook dan ASUS Mobile Malaysia di Instagram. Kemudian, teka harga telefon itu di ruangan komen dan seterusnya tag 2 orang rakan anda.

Pertandingan ini berlangsung bermula 4 Disember 2017 hinggalah 6 Disember 2017. Seorang pemenang akan diumumkan pada 13 Disember ini.

ZenFone 4 Max Plus M1 (ZB570TL) adalah sebuah telefon kelas pertengahan yang dikuasakan cip MediaTek MT6750T. Ia bergandingan bersama RAM sehingga 4GB dan storan 64GB.

Ia menggunakan konfigurasi dwikamera belakang dengan kehadiran kamera 16MP dan 8MP. Kamera selfie pula diberikan sensor 8MP.

Melihat pada helaian spesifikasi, ia boleh diletakkan sebaris dengan Xiaomi Mi A1 dan juga Moto G5S Plus.

[Sumber: Asus]

BACA  GoPro Hero7 Implimentasikan Sesuatu Yang Jijik Pada Kameranya