• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Manhattan FISH MARKET terima bayaran guna telefon

  • OLEH Najib
  • 4:24 pm
  • 05/12/2017
  • Komen
Manhattan FISH MARKET terima bayaran guna telefon
Share on FacebookShare on Twitter

Pembayaran nirtunai semakin diterima ramai, baik dari pekedai mahupun pengguna. Salah satu penyertaan baru adalah syarikat Revenue Valley Sdn Bhd, yang menguruskan rangkaian kedai makan The Manhattan FISH MARKET, Tony Roma’s, NY Steak Shack, TR FireGrill Kuala Lumpur dan Nice Catch. Revenue Valley mengguna pakai dompet elektronik Vcash, yang dibangunkan oleh Digi.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Revenue Valley, George Ang berkata, Vcash membantu meningkatkan pengalaman pengunjung yang datang ke kedai dengan mengurangkan masa menunggu pembayaran, tidak kira makan di kedai atau membawa pulang. Bagi petugas di kedai pula, pembayaran lebih cepat membolehkan sasaran dicapai, atau melebihi sasaran.



Pembayaran nirtunai dengan Vcash juga lebih menguntungkan kerana tiada yuran tahunan, tiada yuran pemasangan dan tidak memerlukan peralatan khas ditambah. Vcash turut mengurangkan risiko menyimpan wang tunai, dengan kadar pembayaran sepantas 1-2 hari di dalam akaun bank pekedai.

Revenue Valley kini menyertai lebih 500 kedai yang menerima pembayaran Vcash di seluruh negara, di antaranya Astro Go Shop, Ezbuy, Fish & Co., Life Juice, Major Drop, Mydin, RedTick, Sam’s Groceria, TAPAK dan The Lorry.



Jom kenali Vcash dengan lebih mendalam melalui penulisan kami yang lepas: Kesarwajagatan Kunci Kejayaan Vcash Berbanding Samsung Pay Dan Apple Pay

Tags: digiDompet elektronike-dompetManhattan Fish MarketNice CatchNY Steak ShackTony RomaTR FireGrillvcash
Najib

Najib

POPULAR

Manhattan FISH MARKET terima bayaran guna telefon

Manhattan FISH MARKET terima bayaran guna telefon

5 December 2017
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN