Perisian Kaspersky 2018 lindungi pengguna dari kecuaian sendiri

Ancaman virus digital masa kini jauh berbeza dengan apa yang kita lihat 10 atau 20 tahun lepas. Lebih-lebih lagi dengan jumlah peranti yang berhubung ke internet melonjak ke 6.3 juta unit tahun ini, memerlukan pengguna lebih berhati-hati.

Pakar keselamatan siber terkemuka dunia, Kaspersky kini melancarkan versi Kaspersky Anti-Virus, Kaspersky Internet Security dan Kaspersky Total Security yang telah dipertingkatkan, bagi membantu pengguna menjaga peranti mereka.

Era sentiasa berhubung kini dikenali sebagai era isi rumah 2.0, dengan 2.4 juta manusia yang terhubung, bersama 0.3 juta haiwan peliharaaan, di mana kesemua ini menggunakan 6.3 juta unit peranti dengan sambungan ke internet.

Perlindungan dari antivirus sahaja tidak mencukupi. Penjenayah kini lebih pintar mempergunakan kelemahan diri manusia untuk menceroboh masuk terutama ke dalam maklumat peribadi orang lain. Untuk itu, Kaspersky menyediakan sejumlah perlindungan bagi melindungi maklumat ini dari diceroboh.

Antaran perlindungan yang terdapat di dalam perisian keselamatan Kaspersky ini adalah seperti Kaspersky Secure Connection, ia menyulitkan (encrypts) semua trafik pengguna apabila menggunakan sambungan wifi yang tidak diketahui keselamatannya atau laman web yang sensitif.

Kaspersky URL Advisor pula memberi nasihat dan pesanan laman web mana yang selamat, meragukan atau berbahaya. Untuk laman perbankan dalam talian, Kaspersky menyediakan Safe Money, sebuah pelayar yang dijamin keselamatannya oleh Kaspersky.

Salinan data penting boleh ditetapkan secara automatik menerusi perisian Kaspersky. Ia boleh dimuat naik ke storan awan seperti Dropbox. Selain itu, Password Manager turut tersedia bagi memastikan kata laluan yang digunakan sukar untuk dicerobohi tetapi mudah digunakan.

Versi terkini perisian keselamatan Kaspersky boleh diperolehi dari serendah RM39.90 untuk Kaspersky Anti-Virus 1peranti 1tahun, RM100 bagi Kaspersky Internet Security 1peranti 1tahun, dan RM109 untuk Kaspersky Total Security 1peranti 1tahun.

BACA  Amerika hasut sekutu berhenti guna produk Huawei

Kaspersky kini mengadakan promosi menerusi pengedarnya Techlane Resources di mana pengguna boleh mendapatkan penjimatan apabila membeli produk Kaspersky.

Antara tawaran yang disediakan adalah beli Kaspersky Internet Security 3peranti 1tahun berharga RM179, percuma tambahan Kaspersky Internet Security 1peranti 1tahun, Kaspersky Internet Security for Mac 1tahun dan Kaspersky Internet Security for Android 1peranti 1tahun.

Tawaran lain pula adalah membeli Kaspersky Anti-Virus 1peranti 1tahun berharga RM39.90, percuma tambahan Kaspersky Anti-Virus 1peranti 1tahun, Kaspersky Internet Security for Mac 1tahun dan Kaspersky Internet Security for Android 1peranti 1tahun.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.kaspersky.com.