• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nokia 6 (2018) Dilancarkan Dan Xiaomi Mi A1 Perlu Rasa Gelabah

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:31 pm
  • 05/01/2018
  • Komen
Nokia 6 (2018) Dilancarkan Dan Xiaomi Mi A1 Perlu Rasa Gelabah
Share on FacebookShare on Twitter

Adiknya, Nokia 6 (2017) dinobatkan sebagaiantara  telefon 2017 paling utuh oleh JerryRigEverything dan hari ini Nokia 6 (2018) dilancarkan di China dan anda boleh jangkakan kualiti binaan yang hampir serupa daripadanya.

Ia masih mengekalkan badan besi sepenuhnya seperti sebelumnya. Tetapi perubahan paling ketara yang boleh anda dapati adalah pada papan utamanya. Jika dulu Snapdragon 430 diguna, kali ini ia menerima tambah baik ketara iaitu Snapdragon 630.



Bersama-sama cip itu, ia digandingkan dengan RAM seluas 4GB dan pilihan storan sama aada 32GB dan 64GB yang boleh diperluas melalui slot mikro-SD. Pada muka telefon, anda dihidangkan dengan paparan IPS bersaiz 5.5″ dengan resolusi HD Penuh.

Pada jabatan pengimejan, kamera 16MP F2 hadir bertemankan kamera swafoto 8MP. Kesemua perkakasan elektronik dikuasakan bateri 3,000mAh. Pengecasan pantas turut disertakan yang mampu mengisi 50% bateri daripada sifar dalam masa 30 minit saja.



Daripada segi harga, Nokia 6 akan dijual pada harga seperti berikut:

  • RMB 1,499 (RM 924) untuk varian 4GB + 32GB
  • RMB 1,699 (RM 1,047) untuk varian 4GB + 64GB

Ia menyamai harga Nokia 6 (2017) semasa dilancarkan iaitu RMB1,699.

Tags: androidhmdNokianokia 6nokia 6 2018Nokia Malaysiatelefon midrange
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Nokia 6 (2018) Dilancarkan Dan Xiaomi Mi A1 Perlu Rasa Gelabah

Nokia 6 (2018) Dilancarkan Dan Xiaomi Mi A1 Perlu Rasa Gelabah

5 January 2018
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

30 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN