• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Acer

AMD Ryzen kuasa terbaharu laptop gaming Acer Nitro 5

  • OLEH Najib
  • 4:37 pm
  • 08/01/2018
  • Komen
AMD Ryzen kuasa terbaharu laptop gaming Acer Nitro 5
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda mencari laptop gaming mampu milik, Acer Nitro 5 adalah satu laptop yang boleh anda dapatkan. Acer kali ini memilih untuk mengemaskini Nitro 5 dengan kuasa pemproses dan grafik dari AMD.

Acer Nitro 5 kini diperkasa pemproses AMD Ryzen Mobile, bersama kad grafik AMD Radeon RX560 yang baru. Ia boleh memuatkan sehingga 32GB RAM bersama storan SSD sehingga 512GB, prestasi tinggi yang diperlukan sebuah laptop gaming.



Skrin IPS 15.6-inci HD Penuh menjadi paparan di Nitro 5. Bersama kamera web HD di atas skrin, pengguna boleh mengatur strategi permainan masa nyata secara bersemuka bersama rakan-rakan.

Sistem bunyi berkualiti tinggi dari Dolby Audio dan Acer TrueHarmony, menguasakan pembesar suara stereo pada laptop ini. Kemasan ala gentian karbon dilihat menghiasi keseluruhan badan Nitro 5.



Port yang terdapat pada laptop ini agak banyak seperti USB-C, USB 3.1, HDMI 2.0 serta Gigabit LAN untuk sambungan yang stabil dan pantas semasa bermain game. Untuk kawalan seperti kelajuan kipas dan overclock, boleh dilakukan menerusi perisian Acer NitroSense.

Model baru laptop gaming Acer Nitro 5 ini akan mula dijual di seluruh dunia pada April ini, dengan harga bermula dari USD799 (~RM3,189).

Tags: AcerAcer Nitro 5ces 2018CES2018Laptop AcerLaptop Gaming Acer
Najib

Najib

POPULAR

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
AMD Ryzen kuasa terbaharu laptop gaming Acer Nitro 5

AMD Ryzen kuasa terbaharu laptop gaming Acer Nitro 5

8 January 2018
Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

8 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

27 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN