• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung bagi ganjaran jika berborak dengan telefon

  • OLEH Najib
  • 7:53 pm
  • 18/01/2018
  • Komen
Samsung bagi ganjaran jika berborak dengan telefon
Share on FacebookShare on Twitter

Tiada teman atau sanak saudara untuk dihubungi? Jika anda pengguna telefon pintar Samsung Galaxy S8, S8+ atau Note8, apa kata anda berborak sahaja dengan telefon kerana anda boleh mendapatkan mata ganjaran yang boleh ditukarkan kepada pelbagai hadiah.

Bukannya berborak sorang-sorang, tetapi ajak pembantu digital Samsung iaitu Bixby untuk berbual dengan anda. Bixby adalah pembantu digital yang diperkenalkan pertama kali di dalam Galaxy S8 & S8+, dan kemudiannya terdapat di dalam Galaxy Note8.



Bixby ibarat Google Assistant dan Apple Siri. Pengguna boleh memberi pelbagai arahan kepada Bixby menggunakan suara, untuk menjalankan aplikasi atau apa sahaja di telefon pintar. Atau tanyakan persoalan seperti cuaca, kadar tukaran matawang dan peta lokasi dan jawapan akan diberikan Bixby.

Lebih kerap Bixby digunakan, lebih pintar ia memahami keperluan pengguna kerana pengguna boleh memberi tunjuk ajar kepada Bixby untuk memberikan respon yang tepat. Kerana itu, Samsung mahu Bixby digunakan dengan lebih banyak dengan menawarkan mata ganjaran.



Kempen ‘Bixby Level Up’ yang berjalan dari 16 Januari hingga 15 April adalah kempen yang memberikan mata ‘Samsung Rewards’ setiap kali menggunakan Bixby. Pengguna akan bermula dari level 0, dan meningkat tahap dengan mengumpulkan mata. Setiap kali level meningkat, mata ganjaran Samsung akan diberikan.

Antara cara mata diberikan adalah memberikan maklumbalas, samada 1 mata untuk ‘Great’, dan 10 atau 20 mata jika memilih ‘Teach Me’. Mencadangkan perkataan dari sejarah akan menerima 5 mata.

Tetapi sebelum mula berborak dengan Bixby, anda perlu mendaftar dahulu dengan kempen ini. Caranya, pergi ke laman Bixby di telefon pintar (sebelah kiri Home), klik pada butang menu (3 titik) di atas kanan dan pilih Events. Kemudian pilih pada ‘Get Samsung Reward Points‘ dan tekan butang ‘Participate‘.

Pastikan anda memiliki akaun Samsung Pay juga di mana ia akan menjadi pusat pengumpulan mata ganjaran. Mata ganjaran ini akan luput selepas 6 bulan.

Untuk mendapatkan lebih maklumat tentang kempen ini, layari laman web Bixby Level Up.

Tags: BixbysamsungSamsung Bixbysamsung malaysiasamsung paySamsung Rewards
Najib

Najib

POPULAR

Samsung bagi ganjaran jika berborak dengan telefon

Samsung bagi ganjaran jika berborak dengan telefon

18 January 2018
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

24 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN