• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

iflix lancar saluran ekslusif siaran langsung bola sepak di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 4:33 pm
  • 30/01/2018
  • Komen
iflix lancar saluran ekslusif siaran langsung bola sepak di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Jika diminta satu perkara yang boleh menyatukan rakyat Malaysia, pasti ramai yang akan mengatakan sukan. Rakyat Malaysia kini mempunyai pilihan yang lebih mudah menonton bola sepak, apabila iflix mengumumkan akan menyiarkan perlawanan bola sepak tempatan secara langsung menerusi platform mudahalihnya.

Kerjasama ini direalisasikan menerusi persefahaman yang dimeterai antara Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP), selaku badan pengurus liga bola sepak profesional Malaysia dan juga iflix yang menyediakan perkhidmatan strim kandungan dan hiburan melalui internet.



Dengan kerjasama ini, buat pertama kalinya dalam sejarah bola sepak profesional Malaysia, orang ramai boleh menonton siaran langsung perlawanan bola sepak Liga Super, Piala Malaysia dan Piala FA menerusi platform iflix, sama ada di skrin TV, komputer mahupun telefon pintar. Ia akan ditayangkan menerusi saluran ekslusif ‘Football Malaysia on iflix‘.

Saluran eksklusif ini akan mula bersiaran dari 3 Februari 2018, menyediakan perlawanan mingguan Liga Super, 74 perlawanan Piala FA, perlawanan Piala Malaysia serta perlawanan terpilih Liga Perdana dan Piala Sumbangsih. Bukan itu sahaja, iflix akan turut menyediakan kandungan tambahan seperti kemuncak perlawanan dan temuramah pemain.



Saluran ini terbuka kepada semua pelanggan iflix, samada pelanggan berbayar mahupun di dalam tempoh percubaan. Jika anda belum lagi melanggan iflix, anda boleh mendaftar akaun percubaan selama 30 hari sebelum beralih ke akaun berbayar, dari serendah RM10 sebulan atau RM96 setahun. Dengan satu akaun iflix, pelanggan diberi akses sehingga lima peranti, samada di TV, komputer, laptop, tablet mahupun telefon pintar.

Siaran secara langsung menerusi platform TV Internet bukanlah perkara baru buat iflix. Sebelum ini, iflix telahpun menyiarkan siaran langsung Liga 1 di Indonesia, Kriket T10 di Bangladesh serta pertandingan Dota 2. Ia adalah langkah pertama di Malaysia, yang bakal membuka lebih banyak ruang kepada siaran langsung sukan lain di masa akan datang.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web iflix serta Facebook iflix Malaysia.

Tags: Bolasepak MalaysiaFootball Malaysiaiflixiflix MalaysiaLiga Perdana MalaysiaLiga Super MalaysiaPiala FA MalaysiaPiala Malaysia
Najib

Najib

POPULAR

iflix lancar saluran ekslusif siaran langsung bola sepak di Malaysia

iflix lancar saluran ekslusif siaran langsung bola sepak di Malaysia

30 January 2018
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

10 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN