Projektor Epson Dengan 3LCD Laser Tak Perlukan Mentol Untuk Berfungsi

Projektor konvesional memerlukan mentol khas untuk memancarkan imej ke layar. Kebiasaannya mentol ini tahan sekitar 5,000 jam penggunaan sebelum perlu untuk ditukar. Walau bagaimanapun, Epson berjaya membangunkan satu teknologi yang nyata memanjangkan hayat sesebuah projektor.

Teknologi 3LCD Laser adalah proprietari Epson dan ia memansuhkan keperluan sebuah mentol. Sebaliknya, sekumpulan laser digunakan sebagai sumber cahaya. Selain tahan lama, laser mampu menghasilkan cahaya yang lebih terang, malah penghasilan warna juga jitu dengan kehadiran 3LCD.

Untuk pasaran Malaysia, Epson melancarkan tiga model projektor yang pastinya memenuhi keperluan anda.

EB-1470Ui

EB-1470Ui menggabungkan teknologi cahaya laser bersama teknologi projektor lontaran pendek dengan fungsi interaktif bagi membawakan suasana mesyuarat ataupun pembelajaran yang lebin efisien. Ia menyokong lontaran menyamai TV 100″ ataupun 177″ jika dua projektor yang sama ditambat sebelah menyebelah.

Untuk bertinteraksi, sebuah komputer tidak diperlukan kerana pada projektor itu sendiri sudah terbina sistem yang boleh bergerak balas terhadap input pengguna seperti tulisan, warna, dan contengan.

Selain digantung pada dinding, EB-1470Ui boleh diletakkan di atas meja khas. Pada meja itu, pengguna boleh menulis pada dokumen Microsoft Office menggunakan fungsi Microsoft Ink. Hasil corentan boleh disimpan ataupun dihantar melalui internet ke pihak lain.

Sebanyak 15 komputer ataupun peranti mudah alih boleh disambungkan terus pada projektor ini pada satu-satu masa. Kesemua 15-nya akan dapat menyumbang di atas kanvas yang serupa.

EB-700U

Projektor ini menggunakan teknologi cahaya 3LCD yang serupa seperti EB-1470Ui tetapi ia mampu memancarkan imej seluas 130″ dan turut melontarkan imej dalam jarak pendek. Ia menjadikan projektor ini sesuai untuk memancarkan papan iklan dalam ruangan terhad.

EB-700U boleh diletakkan dalam pelbagai sudut tanpa mengalami kemerosotan kualiti imej. Komputer tidak diperlukan untuk ia berfungsi dan imej boleh ditarik terus melalui pendrive yang dicucuk pada port USB.

BACA  Intel Manfaatkan Kecerdasan Buatan Untuk Jaringan Keselamatan Dunia Perkapalan

Selain mememerlukan selenggara hampir minimum, tempoh boot yang pantas iaitu 5 saat memastikan tempoh operasi yang optimum.

Siri EB-L1700

EB-L1700 adalah projektor terkompak dalam kelasnya. Hasil integrasi bahan fosfor inorganik bersama teknologi 3LCD, projektor ini mampu menghasilan cahaya berkecerahan 15,000 lumens tetapi masih boleh mencapai tempoh penggunaan sehingga 20,000 jam lamanya.

Projektor ini mampu melontarkan imej beresolusi SXGA+ dan WUXGA yang tajam tanpa masalah. Direka untuk beroperasi terus menerus 24/7, badan projektor ini direka untuk lebih rintang terhadap debu dan habuk serta memiliki sistem kawal selia haba yang baik.

Tambah menarik, 9 jenis lensa disediakan untuk disuaikan dengan gaya penggunaan.