• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Maklumat Galaxy S9 terlondeh habis sebelum pelancaran

  • OLEH Najib
  • 9:06 pm
  • 19/02/2018
  • Komen
Maklumat Galaxy S9 terlondeh habis sebelum pelancaran
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung telah pun menetapkan tarikh 25 Februari ini, iaitu kurang dari seminggu lagi untuk melancarkan telefon pintar terbaru mereka, Gaalaxy S9 dan S9+. Tetapi semakin hampir dengan hari pelancarannya, semakin banyak berita yang mendedahkan maklumat berkaitannya.

Terbaru, berita yang terdedah ini hampir melondehkan segala-galanya tentanng Galaxy S9. Berita penting yang terdapat kali ini adalah warna yang bakal menghiasi tubuh badan Galaxy S9, serta fungsi baru yang bakal terdapat padanya.



Perkara paling menarik sudah pasti tentang kameranya. Gambar yang terdedah ini hampir memastikan ketibaan dua apertur pada kamera belakang Galaxy S9, F2.4 dan F1.5. Boleh dikatakan yang pertama seumpamanya di telefon pintar, dan pasti menjadikan hasil gambar lebih menakjubkan. Tidak dilupakan tentang keupayaan merakam video gerak perlahan sehingga 960 bingkai sesaat.

Pembesar suara stereo akhirnya tiba di telefon pintar flagship. Galaxy S9 akan menggunakan pembesar suara panggilan di atas dan pembesar suara di bawah untuk menghasilkan sistem bunyi stereo, dan ditala oleh AKG yang kini dimiliki oleh Samsung.



Galaxy S9 dilihat akan menjadi telefon pintar flagship pertama Samsung yang datang dalam dua model dengan keupayaan kamera berbeza. Galaxy S9 dengan skrin 5.8-inci dan bateri 3,000mAh akan memiliki satu lensa kamera belakang. Manakala Galaxy S9+ dengan skrin 6.2-inci dan bateri 3,500mAh pula dibekalkan dua lensa kamera belakang.

Pemproses utamanya sudah pasti dijana oleh cip Exynos 9810 atau Snapdragon 845 di sesetengah pasaran lain. Dijangka pra tempahan akan diumumkan sejurus majlis pelancarannya dan seperti biasa, kita boleh mengagak Malaysia akan berada dalam gelombang pertama jualan.

Nantikan laporan penuh tentang pelancarannya pada 25 Februari ini terus dari kami.

[Sumber: Sammobile]

Tags: Galaxy S9Galaxy S9 PlusMWC2018samsungSamsung Galaxy S9Samsung Galaxy S9 Plussamsung malaysia
Najib

Najib

POPULAR

Ini cara berkesan untuk pastikan galeri telefon anda kekal kemas dari gambar sampah

Ini cara berkesan untuk pastikan galeri telefon anda kekal kemas dari gambar sampah

7 Februari 2023

Unifi Mobile turunkan lagi had FUP dan kuota hotspot pelan prabayar tanpa had

4 Februari 2023
TIME lancar MyKabel, pelan 100Mbps hanya RM69 tetapi khas di lokasi B40 ini sahaja

TIME lancar MyKabel, pelan 100Mbps hanya RM69 tetapi khas di lokasi B40 ini sahaja

4 Februari 2023
Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

27 Januari 2023
Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

19 Januari 2023
Maklumat Galaxy S9 terlondeh habis sebelum pelancaran

Maklumat Galaxy S9 terlondeh habis sebelum pelancaran

19 Februari 2018

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER