• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Diskaun RM650 untuk iPhone 6S Plus hanya di sini

  • OLEH Najib
  • 2:59 pm
  • 24/02/2018
  • Komen
Diskaun RM650 untuk iPhone 6S Plus hanya di sini
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau anda semak laman web Apple Malaysia, ia masih lagi menjual beberapa model iPhone lama iaitu iPhone 7 dan 7 Plus, iPhone SE serta iPhone 6s dan 6s Plus. Jika anda berminat dengan skrin besar iPhone, satu pengedar produk Apple di Malaysia kini menawarkan iPhone 6s Plus pada harga RM2,099 sahaja.

Switch kini menawarkan iPhone 6s Plus 32GB dengan diskaun sebanyak RM650, menjadikan harga jualannya hanya RM2,099 berbanding harga asal RM2,749. Tetapi hanya satu warna ditawarkan pada harga diskaun ini, iaitu Space Grey.



Tawaran harga diskaun ini boleh didapati di semua cawangan Switch di seluruh Malaysia, serta stor dalam talian Switch.

iPhone 6s Plus adalah telefon pintar Apple yang dilancarkan tiga tahun lepas, memiliki skrin Retina HD berukuran 5.5-inci dan menyokong fungsi 3D Touch. Ia memiliki cip A9 yang sama dengan iPhone SE.



Kamera belakangnya memiliki sensor 12MP beserta penstabil imej optikal (OIS) dan mampu merakam video 4K. Kamera hadapannya pula 5MP dan menyokong FaceTime HD. iPhone 6s Plus masih memiliki port audio 3.5mm dan disertakan bateri sebesar 2,750mAh di dalam.

Switch menyatakan jualan istimewa ini selagi stok masih ada. Jangan terlambat untuk mendapatkannya.

[Sumber: Switch]

Tags: appleiphone 6s plusSwitch
Najib

Najib

POPULAR

Diskaun RM650 untuk iPhone 6S Plus hanya di sini

Diskaun RM650 untuk iPhone 6S Plus hanya di sini

24 February 2018
MySiren: Ujian amaran kecemasan seluruh negara berlangsung pada 29 November

MySiren: Ujian amaran kecemasan seluruh negara berlangsung pada 29 November

23 November 2026
Honor Pad X9b Max: Tablet 13″ diiktiraf IMAX Enhanced, bateri 10,100mAh pada RM1,499

Honor Pad X9b Max: Tablet 13″ diiktiraf IMAX Enhanced, bateri 10,100mAh pada RM1,499

25 November 2026
Tune Talk peroleh lesen daripada MCMC untuk miliki dan kendalikan infrastruktur rangkaian

Tune Talk peroleh lesen daripada MCMC untuk miliki dan kendalikan infrastruktur rangkaian

22 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max rasmi di Malaysia dengan dwikamera ARRI 200MP, harga RM5,999

Honor Magic 9 Pro Max rasmi di Malaysia dengan dwikamera ARRI 200MP, harga RM5,999

24 November 2026
Beli BMW atau Mercedes-Benz terpakai? Carsome Premium tawar waranti 5 tahun

Beli BMW atau Mercedes-Benz terpakai? Carsome Premium tawar waranti 5 tahun

24 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN