• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

2x ganda mata ganjaran Samsung Pay selama 3 hari sahaja

  • OLEH Najib
  • 7:35 pm
  • 01/03/2018
  • Komen
2x ganda mata ganjaran Samsung Pay selama 3 hari sahaja
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung Pay adalah satu bentuk pembayaran nirtunai yang mudah menggunakan telefon pintar Samsung. Maklumat kad kredit atau debit boleh disimpan di dalam telefon, dan pembayaran dibuat menggunakan telefon sahaja.

Kini Samsung Pay sudah berusia satu tahun di Malaysia dan ingin meraikannya dengan pengguna. Selama 3 hari dari 2-4 Mac 2018, pengguna Samsung Pay akan menikmati 2x ganda mata ganjaran setiap kali membuat bayaran menggunakan Samsung Pay.



Mata ganjaran Samsung Pay diberikan mengikut transaksi, bukan jumlah bayaran. Kalau beli RM1 pun dah dikira satu transaksi.

Mata ganjaran juga diberikan mengikut tahap pengguna. Setiap bulan, sehingga 50 transaksi boleh dibuat dan menerima mata ganjaran.



Untuk 5 transaksi pertama Samsung Pay, pengguna berada di tahap Bronze dan menerima 10 mata setiap transaksi. Transaksi ke 6-20 kemudiannya memberikan 20 mata di tahap Silver. Selepas transaksi ke-20, pengguna berada di tahap Gold dan mendapat 40 mata setiap transaksi.

Tetapi khas untuk promosi selama 3 hari ini, pengguna akan menerima 2x mata ganjaran iaitu 20 mata di tahap Bronze, 40 mata di tahap Silver dan 80 mata di tahap Gold.

Melalui mata ganjaran Samsung Pay ini, pengguna boleh menebusnya kepada pelbagai perkara seperti kupon Lazada, myBurgerLab, KFC dan banyak lagi.

Samsung Pay kini menyokong peranti Samsung yang berikut:

  • Galaxy Note8
  • Galaxy Note FE
  • Galaxy S8 and S8+
  • Galaxy A8 and A8+
  • Galaxy S7 and S7 edge
  • Galaxy S6 edge+
  • Galaxy A9 Pro
  • Galaxy A5 dan A7 (2016 & 2017)
  • Galaxy Note5
  • Gear S3
  • Gear Sport

Maklumat lanjut tentang Samsung Pay boleh dirujuk di sini. Manakala terma dan syarat tentang promosi 2x ganda mata Samsung Pay boleh didapati di sini.

Tags: samsungsamsung malaysiasamsung pay
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
2x ganda mata ganjaran Samsung Pay selama 3 hari sahaja

2x ganda mata ganjaran Samsung Pay selama 3 hari sahaja

1 March 2018
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN