• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tiada caj penghantaran FoodPanda bermula esok

  • OLEH Najib
  • 6:45 pm
  • 12/03/2018
  • Komen
Tiada caj penghantaran FoodPanda bermula esok
Share on FacebookShare on Twitter

FoodPanda telah menjadi tukang hantar makanan dalam talian di Malaysia sejak beberapa tahun. Jika anda belum pernah mencuba perkhidmatan FoodPanda, anda harus mencubanya esok.

Ini kerana FoodPanda tidak akan mengenakan caj penghantaran untuk tempahan dari 13 hingga 31 Mac 2018. Selain itu, pengguna juga mungkin akan menerima diskaun dan pelbagai tawaran lain dalam setiap tempahan.



Antara kedai makan dan restoran yang boleh menggunakan khidmat FoodPanda adalah seperti Nando’s, Subway, Sushi King, Killer Gourmet Burgers (KGB), Kenny Rogers Roasters, Marrybrown dan banyak lagi.

Tempahan boleh dibuat menerusi laman web www.foodpanda.my atau aplikasi mudah alih yang boleh dimuat turun dari Apple Appstore atau Google Playstore. Dari situ, pengguna boleh melihat senarai kedai serta menu yang disediakan.



Menurut data FoodPanda tahun lepas, makanan yang paling banyak ditempah menerusi platform mereka adalah makanan tempatan. Ini diikuti makanan barat dan makanan Cina. Makanan Jepun, India dan burger juga antara yang termasuk dalam senarai 10 teratas. Ini diikuti oleh makanan berkhasiat (Healthy Food), Indonesia, Timur Tengah dan masakan Mexico.

Manakala dari jenis makanan pula, 5 makanan paling banyak ditempah adalah ayam, bekal makanan ala bento dan nasi lemak, kentang goreng, sushi dan naan.

Apakah pula jenis makanan kegemaran anda? Apa kata cuba perkhidmatan percuma dari FoodPanda bulan ini untuk mengenali selera anda dengan lebih dekat.

Tags: FoodPandaFoodPanda Malaysia
Najib

Najib

POPULAR

Tiada caj penghantaran FoodPanda bermula esok

Tiada caj penghantaran FoodPanda bermula esok

12 March 2018
Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

10 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN