• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Neffos N1 bermula di petak terbelakang dalam perlumbaan

  • OLEH Najib
  • 1:40 pm
  • 15/03/2018
  • Komen
Neffos N1 bermula di petak terbelakang dalam perlumbaan
Share on FacebookShare on Twitter

Neffos, sebuah jenama telefon pintar di bawah pakar rangkaian terkemuka dunia, TP-Link, hari ini melancarkan telefon pintar kelas pertengahan, Neffos N1. Ia menampilkan telefon dwi-kamera yang pertama dari Neffos.

Seimbas pandang depan dan belakang, rupa Neffos N1 tak tumpah macam Huawei P10. Terutama sekali susunan dwi-kamera belakangnya yang selari di dalam jalur.



Apatah lagi, Neffos N1 menggunakan gandingan dwi-sensor 12MP RGB & monokrom, susunan yang sama jua seperti Huawei P10. Ini boleh memberikan ketelitian yang lebih dalam gambar yang ditangkap. Untuk swafoto, ia menggunakan kamera 8MP. Tetapi setakat ini sahaja persamaannya.

Telefon ini memiliki skrin 5.5-inci HD Penuh, tetapi belum mengikut arus semasa kerana bernisbah 16:9, bulan 18:9. Baterinya pula dimuatkan sebesar 3,260mAh, boleh dicas pantas melalui USB-C.



Kuasa dalamannya digerakkan oleh cip Mediatek Helio P25 8-teras, bersama 4GB RAM & 64GB storan. Kad mikroSD boleh dimasukkan untuk storan tambahan.

Neffos N1 ditawarkan dalam satu warna sahaja, Space Black dan dijual pada harga RM1,099 di seluruh negara bermula 16 Mac 2018.

Sebagai promosi pengenalan, 30 pembeli pertama Neffos N1 di Lazada menerusi pautan ini, akan menerima hadiah premium ekskulsif bernilai RM299. Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.neffos.my.

Spesifikasi Neffos N1

Attention: The internal data of table “6” is corrupted!
Tags: NeffosNeffos MalaysiaNeffos N1Neffos N1 Malaysia
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Neffos N1 bermula di petak terbelakang dalam perlumbaan

Neffos N1 bermula di petak terbelakang dalam perlumbaan

15 March 2018
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN