Honor 7A Jelmaan View 10 Dalam Pakej Mampu Milik

Honor View 10 adalah sebuah peranti yang baik. Ia memiliki spesifikasi menyamai sebuah Huawei Mate 10 dan ia dijual pada harga RM2,099. Bagi membolehkan lebih ramai menikmati telefon dengan rekaan sedemikian, honor hadir dengan honor 7A yang lebih mesra bajet.

Honor 7A adalah sebuah telefon 5.7″ dengan skrin HD 720p memanjang. Bingkainya nipis pada kedua-dua sisi melainkan sedikit tebal pada dagu dan dahi.

Pada papan utama, anda akan menemui cip Snapdragon 430 yang dipadankan bersama RAM 2GB/3GB mengikut varian. Anda boleh memilih model yang datang dengan storan 32GB ataupun 64GB.

Pada bagabaha pengimejan, konfigurasi dwikamera digunakan dengan kamera 13MP bergandingan dengan kamera 2MP yang bertindak selaku mengukur kedalaman medan penglihatan.

Untuk berswafoto, kamera 8MP boleh digunakan bersama-sama lampu LED khas untuk menyinari wajah.

Kesemua perkakasan itu mengambil tenaga daripada bateri berkapasiti 3,000mAh, satu kapasiti yang besar untuk sebuah telefon kecil. Walau bagaimanapun, tidak pula dimaklumkan sekiranya ia menyokong pengecasan pantas ataupun tak.

Sungguhpun dalam kategori bajet, salah satu keunikan telefon ini adalah kehadiran slot khas untuk mikro-SD. Maka, anda masih boleh menggunakan dua kad SIM serentak sekiranya anda ingin meluaskan storan penyimpanan.

Di China, honor 7A dijual pada harga seperti berikut:

  • RMB 799 (MYR 499)  – RAM 2GB & storan 32GB
  • RMB 899 (MYR 553) – RAM 3GB & storan 64GB

Spesifikasi Asas honor 7A

Paparan5.7"
1440×720
Sistem OperasiAndroid 8 Oreo
EMUI 8
PemprosesSnapdragon 430
RAM2GB
3GB
Storan32GB
64GB
Kamera belakang13MP
2MP
Kamera depan8MP
Bateri3,000mAh
HargaRMB 799
RMB 999
BACA  Samsung Umum 5 Konsep Infinity Display Untuk Produk Generasi Seterusnya