OnePlus 6: Himpunan Khabar Angin & Teaser

Segala teaser, kebocoran, dan khabar angin berkaitan OnePlus 6 akan dihimpunkan di sini.

25 April 2016 – Tarikh Pelancaran OnePlus 6 Diumumkan

OnePlus 6 dijadualkan dimumkan pada 17 Mei 2018 di Beijing China

[Sumber: OnePlus]

23 April 2017 – Belakang OnePlus 6 Menggunakan Materi Kaca

Utusan terbaru Pete Lau di forum OnePlus menceritakan lebih lanjut tentang rekaan OnePlus 6 khususnya bahagian belakang.

Pada perenggan ke-14, beliau menekankan bahawa penggunaan bahan kaca akan menimbulkan rasa berharga dan premium apabila dipegang. Berbanding besi, kaca memiliki pantulan cahaya unik apabila disinari.

Petikan dari utusan Pete Lau:

OnePlus 6’s glass design is centered around creating a “sense of value” and “premium hand-feel.” As I mentioned at the beginning, people relate deeply to the products they use. We gave a lot of thought to how users should feel when they use the OnePlus 6. The advantages of glass over metal are manifold: glass communicates a transparent, bright, and pure feeling. The way glass transforms under different lighting is a particularly important challenge—the OnePlus design team tested over 70 glass prototypes before selecting the best one.

[Sumber: OnePlus]

17 April 2018 – OnePlus 6 Ada Ciri Kekalisan Air, Akhirnya

Ini adalah ciri yang amat dinantikan oleh peminat OnePlus selain daripada pengecasan tanpa kabel.

3 April 2018 – CEO OnePlus, Pete Lau Beri Teaser Tentang Spesifikasi Asas

CEO OnePlus, Pete Lau mengutuskan mesej di forum OnePlus bagi menghuraikan maksud tweet yang dikongsikan pada hari sebelumnyua.

BACA  Perisian Legenda Winamp Akan Kembali Lebih Garang

Antara spesfikasi asas OnePlus 6 yang dipastikan beliau adalah seperti:

  • Cip Snapdragon 845
  • RAM 8GB
  • Storan 256GB

Beliau juga berkongsikan tentang penubuhan satu pasukan yang dipanggil FSE (Fast, Stable, Efficient) yang ditugaskan hanya untuk mengoptimumkan OnePlus 6.

[Sumber: OnePlus]

2 April 2018 – Teaser Dari Twitter OnePlus

OnePlus mengutuskan satu tweet yang mengandungi frasa “Speed You Need”

28 Mac 2018 – OnePlus Sahkan Kehadiran Notch

Kehadiran notch tidak boleh dielakkan bagi mengekalkan kamera depan dan speaker telefon pada kedudukan tradisional. Cabaran sekarang adalah untuk meminimumkan notch itu. Bersama temu bual The Verge bersama OnePlus, pengeluar telefon itu berkongsi imej eksklusif tentang rupa notch yang akan meghiasi muka OnePlus 6 kelak.

Rupa notch pada OnePlus 6

Mereka mengkaji notch pada telefon Essential Ph1 dan agak mustahil untuk menghasilkan notch sebesar itu tanpa melakukan kompromi pada kualiti kamera depan dan sensor proksimiti.

[Sumber: Verge]